Wednesday 18 December 2013

Kehidupan di dunia, kehidupan di akhirat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas segalanya
^_^

Kehidupan di dunia 
sentiasa ada kesedihan dan kekecewaan
sedangkan
Kehidupan di akhirat itu hanya ada kegembiraan 
bagi mukmin
Kehidupan mana yang kamu lebih suka?

Kehidupan di dunia tidak akan sunyi dengan ujian,
Ujian yang boleh menjanjikan pahala atau sebaliknya,
Ujian adalah tanda sayangnya Allah pada kita
Kerana
Hikmah disebalik semua itu adalah kembali pada-Nya.

Begitu mudah bukan?
Tetapi sukar untuk mengaplikasikan formula ini realitinya!
Begitu sukar...

Sentiasa INGAT kepada Allah akan menjanjikan kita berada di landasan yang betul setiap kali ujian menimpa dalam kehidupan kita.

Manusia akan mudah REDHA dan TABAH menghadapi segala ujian di dunia jika dia tahu dan faham
Dunia ini tiada apa-apa jika di bandingkan dengan di sana.

Kerisauan, kesedihan dan kekecewaan "di sana" tidak akan dapat ditebus dan diperbaiki,
Sedangkan hal itu perlu lebih diberi keutamaan.
Yakinlah dengan janji Allah,
"Jangan bersedih, Allah bersama kita."

Peringatan kepada diri sangat perlu untuk kita sentiasa alert dengan button UJIAN sepanjang kehidupan dan pada masa yang sama berusaha untuk tekan button save or delete untuk perasaan atau tindakan yang akan memperoleh pahala atau dosa kerana kehidupan di akhirat itu lebih penting berbanding di sini.

"Seimbangkan urusan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat seperti membuat air teh, tidak boleh kuantiti air, gula, dan serbuk teh sama banyak tetapi mengikut aturan atau sukatan yang bersesuaian."



"Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka."
( Ath-Thalaq : 2-3 )
(65 : 2-3 )





Wednesday 23 October 2013

I am nothing without dakwah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Alhamdulillah atas segalanya,


Keberhasilan diri sepanjang proses tarbiyyah tidak dapat dinilai 
dengan jangka masa yang singkat dan pendek
Tiada siapa pun melaluinya dengan jalan yang mudah
ataupun
jalan shortcut

Kita sentiasa beranggapan 
"Makin lama dalam jalan dakwah ini makin SENIOR lar kita"
tetapi
bukan itu yang dinilai "seniority"
Nilai lamanya kita dalam jalan ini adalah;
"Apakah sumbangan yang telah aku lakukan sepanjang aku berada dalam jalan dakwah ini?," 
Kita sepatutnya makin risau memikirkan keseniority itu makin senior dari hari ke hari, dari tahun ke tahun tetapi bilangan sumbangan terhadap ISLAM itu masih tak mampu melepasi tahap seniority itu..
ish...
:(

Adakah kita sudah memberikan "hak" dakwah itu dengan sebenar-benarnya?

"Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, melainkan akan datang kepada (Allah) Yang Maha Pengasih sebagai hamba. Dia (Allah) benar-benar telah menentukan jumlah mereka, dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap orang dari mereka akan datang kepada Allah sendiri-sendiri pada Hari Kiamat."
( Maryam : 93-95 )
( 19 : 93-95 )

Setiap manusia akan dihisab dan ditanya dengan setiap apa yang telah dilakukan di hadapan Allah secara seorang demi seorang,
Tiada siapa dapat membantu atau menemani kita ketika bertemu Allah kelak,
Sedihnya jika kita berpeluang merebut pahala yang sangat banyak dalam jalan ini
tetapi
Kita hanya menjadi seorang"penumpang" dalam jalan dakwah bukan menjadi seorang "penyumbang"

Allah Maha Tahu
sumbangan kecil atau besar 
bukan kita yang menilainya
serahlah kepada Allah

Menyumbang kepada Islam / jalan dakwah adalah sebagai salah satu cara untuk kita menilai keberhasilan proses tarbiyyah itu.

Insya-Allah, moga kita ( terutamanya diri sendiri yang masih memperbaiki kefahaman & diri ) sentiasa berada dalam jalan ini sehingga maut menjemput, berusahalah dengan sebaik mungkin kerana Allah tak perlukan kita untuk menangkan Islam tetapi kita perlukan Allah untuk pastikan Islam itu sentiasa milik kita. 
^_^



Saturday 12 October 2013

Matlamat hidup manusia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Setiap manusia mempunyai pencapaian hidup yang berbeza,
Walaupun melalui jalan yang sama,
Setiap manusia ada matlamat hidup yang serupa,
Walaupun melalui jalan yang berbeza.
Setuju tak??
^_^

Matlamat hidup kita sebagai manusia
adalah
menuju
kepada
Allah,
mencapai syurga yang menjanjikan
 kebahagiaan yang sentiasa kekal!

Hal ini bertepatan dengan tujuan Allah menciptakan kita;

"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada-Ku"
( 51 : 56 )
( Adz-Dzariyaat : 56 )

Jika direnung-renungkan kembali dimanakah kita dalam konteks beribadah kepada-Nya?

Adakah kita mengabdikan hidup kita pada-Nya?
Atau sekadar mencari di saat kecewa atau terluka?
Adakah kita melaksanakan ibadah wajib dengan sebaiknya?
Di manakah nilainya kehidupan manusia tanpa pegangan?
Apakah matlamat hidupmu sekadar berjaya dan cemerlang di dunia?

Semoga kita sentiasa tahu dan sedar tentang matlamat hidup kita.

Setiap jabatan dalam sektor awam atau swasta
 umumnya mempunyai matlamat/target yang perlu dicapai setiap tahun
hal ini bagi mencapai prestasi kerja yang cemerlang dan demi kepentingan sektor seperti yang digariskan.

Jika kita mampu bekerja seperti itu untuk manusia
bagaimanapula dengan
bekerja untuk Sang Pencipta
yang menyayangi diri kita tanpa syarat?

Mesti kita perlu lebih BERUSAHA kan??

Sedih memikirkan diri yang kadang-kadang lebih memikirkan matlamat kehidupan yang pendek berbanding kehidupan yang kekal?
:(

Semoga kita sentiasa berfikir tentang matlamat hidup kita yang sebenar
"Menuju kepada Allah"
insya-Allah
yang paling penting
kita akan sentiasa berprestasi cemerlang dunia dan akhirat!
amin
^_^







Thursday 15 August 2013

Perginya Ramadan tibanya Syawal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan nikmat iman, kesihatan dan kegembiraan tatkala menyambut 1 Syawal.

Kadang-kadang kita terfikir adakah ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya?
Adakah sebaliknya yang berlaku?
Adakah pada bulan Ramadhan kita berjaya mentarbiyah diri menjadi seseorang yang lebih baik?
Sedihnya jika tiada apa-apa yang berubah dalam diri kita..
Adakah tanda Ramadan kita berlalu begitu sahaja, tanda semuanya sia-sia.. ??
!_!
Jadi bagaimanakah Ramadan kita?
<tepuk dada tanya iman & hati> 

Mari kita lihat;

Kebiasaan kita--
Jarang solat di awal waktu

Selepas Ramadhan--
a) Berusaha solat awal lima waktu
b) Kadang-kadang solat di awal waktu 
<tiada perubahan>
c) Makin lambat solat daripada sebelumnya
{ Jadi, macam mana ya yang mana kita lakukan a, b atau c ?}

Semoga kita fikir-fikirkan setiap kebiasaan kita dan jadikannya luar biasa kerana kita tahukan Allah tidak akan bagi Syurga pada orang sebarangan..
Syurga itukan MAHAL harganya..
Insya-Allah semoga saya juga begitu..
^_^

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela, kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya".

( Surah al-Mukminun : 1 -11)
( 23 : 1 - 11)

Kita perlu berusaha untuk memenuhi ciri-ciri tersebut kerana berikut adalah ciri-ciri pewaris syurga..
Biar susah, sukar tetapi kita terus berusaha,
Siapa tak inginkan syurga kan?
Ayuh, teruskan usaha hingga akhirnya! :)

Semoga kita sentiasa berdoa kepadaNya untuk menetapkan hati kita supaya sentiasa cenderung dan suka kepada kebaikan..
Kerana
hati itu sifatnya tidak tetap dan sering berubah-ubah..
Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan.








Saturday 29 June 2013

Tiada manusia sempurna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Kesempunaan itu hanya milikNya.
Kita sebagai manusia biasa, umat akhir zaman, hamba Allah yang sentiasa berusaha untuk meraih SYURGA
TIDAK akan terlepas daripada melakukan kesilapan dalam mengharungi proses pengislahan/perubahan diri.
Jangan membenci/memcerca/memarahi diri
TETAPI
Pujuklah/berubahlah/bertaubatlah
Menangislah kerana kita masih lagi lemah.
Lemah bukan bermaksud kita GAGAL.
Kelemahan itu akan diganti dengan kekuatan sedikit demi sedikit dengan berkat usaha dan doa.

Fitrah manusia
Sentiasa melakukan kesilapan
Tetapi
Jangan biarkan diri melakukan kesilapan yang sama berulang kali
Kerana
“Orang yang bijak tak akan melakukan kesilapan yang sama berulang kali”
^_^
“Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itu sebaik-baik makhluk.”
( Al-bayyinah : 7 )
( 98 : 7 )


Daripada Ibnu Abbas ra, daripada Rasulullah saw sebagaimana dia diriwayatkan daripada Rabbnya Yang Maha Suci dan Maha Tinggi, “Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan perkara tersebut. Barangsiapa berniat melaksanakan kebaikan kemudian dia tidak mengamalkannya, maka dicatat di sisiNya sebagai satu kebaikan penuh. Dan jika dia berniat melakukannya kemudian melaksanakannya, maka Allah akan mencatatnya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda bahkan hingga gandaan yang banyak. Dan jika dia berniat melaksanakan keburukan kemudian tidak melaksanakannya, maka baginya satu kebaikan penuh. Sedangkan jika dia berniat buruk kemudian melaksanakannya, Allah mencatatnya sebagai satu keburukan.
(HR. Bukhari dan Muslim)

Kasih sayang Allah melebihi segalanya!




Friday 14 June 2013

Ujian dalam kehidupan perlukan persediaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Setiap manusia tak pernah tahu & bersedia untuk menempuh pelbagai ujian/dugaan yang bakal ditempuhi dalam setiap fasa dalam kehidupan
Kerana semua itu diluar pengetahuan
Semua itu diluar bidang kuasa
Semua itu sangat RAHSIA
Hanya Tuhan Yang Tahu

“Dialah Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.”
( Al-Hasyr : 22 )
( 59 : 22 )

Persediaan hati adalah cara terbaik untuk mendidik diri mudah
Menerima
Memperbaiki
Memperbaharui
Mengenalpasti kekuatan/kelemahan diri
Kerana
Kekuatan  itu bukan terletak pada fizikal seseorang
Tetapi
Kekuatan itu terletak pada “HATI” untuk segalanya!
Isi hati/Perasaan diri adalah perkara yang HANYA diketahui oleh Nya tanpa sebarang penggurangan/penambahan
kerana semua itu tak akan diketahui oleh orang lain
JIKA
Kita tak menzahirkannya.

Tiada siapa lebih mampu/berupaya untuk membantu kita dalam persediaan hati melainkan Allah.
Allah adalah sumber kekuatan untuk setiap inci kehidupan.
Tiada apa yang meRUGIkan kita jika kita melaksanakan amalan/kebaikan untuk lebih dekat denganNya.
Kebaikan itu memang SUKAR/PAYAH untuk dilaksanakan
Kerana
SYURGA ALLAH itu tinggi nilainya!

“Tidaklah sama para penghuni neraka dengan para penghuni syurga, para penghuni syurga itulah orang yang memperoleh kemenangan.”
( Al-Hasyr : 20 )
( 59 : 20 )

p/s: Jangan mudah berputus asa dalam melakukan persediaan hati/kebaikan dalam kehidupan. Andai kata pernah jatuh bangkitlah kembali kerana perjalanan itu masih panjang..Kadang-kadang kita letih, kadang-kadang kita lesu, kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita menangis..Tak mengapa, teruskan perjuangan! Insya-Allah Dia sentiasa menemani kita sepanjang perjalanan ini.. ^_^

Peringatan ini saya tujukan khasnya untuk diri saya sendiri yang masih dalam proses yang panjang untuk memperbaiki diri yang begitu banyak kelemahan!

Monday 20 May 2013

Solat Istikharah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Setiap langkah yang bermula pasti ada penamatnya
Setiap manusia perlu ada agama untuk memandu hidupnya
Hanya Allah Maha Tahu segalanya.
^_^

Solat istikharah : Tujuan pelaksanaannya -- 
bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan.


Ramai akan mula familiar dengan "solat istikharah" HANYA ketika keliru dengan JODOH
TETAPI
Ramai tak tahu bukan hanya soal JODOH kita perlu meminta bantuan daripadaNya
Sebenarnya,
SEGALA soal lain dalam kehidupan.

Jika kita berhadapan dengan pelbagai pilihan lain dalam kehidupan kita kurang pula rasa "berkeperluan" untuk solat istikharah
Kenapa ye???
Adakah kita masih kurang merasai kebergantungan kepada Allah secara menyeluruh?
Adakah kita masih kurang faham agama Islam?
Adakah kita berasa yakin dengan diri yang serba tak tahu?
Adakah keinginan duniawi mengatasi pengakhiran yang abadi?
atau
Kita masih tak tahu "kenapa?"


"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
( Al-Baqarah : 216 )
( 2 : 216 )


 "Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
( At-Taghabun : 11 )
( 64 : 11 )


Jika diselak kembali lembaran lama...
(Banyak pilihan yang dibuat HANYA berdasarkan logik akal, kebaikan & kelebihan yang akan diterima)
Begitu RUGI rasanya KERANA kurang meminta campur tangan daripada Allah untuk menentukan pilihan dalam arah kehidupan supaya lebih teratur dan diredhai mengikut kehendakNya.



XXXXXXXX

PANDUAN SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
  • Niat:



Daku solat sunat istikharah dua rakaat kerana allah taala.

  •       Rakaat pertama :

Surah al-fatihah & surah al-kafirun
  •         Rakaat kedua :

Surah al-fatihah & surah al-ikhlas
  •  Doa :



P/s: Insya-Allah semoga anda dan saya dapat memperbaiki diri, hati & hubungan dengan Allah walaupun dengan cara merangkak tetapi yang paling penting kita berusaha untuk menjadi lebih baik.






Wednesday 8 May 2013

Muhasabah PRU13

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih memberi kelapangan masa untuk berbuat kebaikan walaupun sedikit..
Demam/pening/gusar PRU13 telah berlalu..
Saya antara beribu pengundi baru yang berpeluang untuk mengundi..
Pertama kali mengundi pelbagai perasaan muncul..
Akhbar & internet dua medium untuk mendapatkan info terbaru menjelang PRU13..
Pelbagai pendapat/idea/perkongsian yang saya peroleh 
Saya berasa sungguh kecil & kerdil kerana banyak lagi ilmu/pengetahuan berkenaan Politik + Islam yang masih belum saya ketahui..

xxxxxxxxx

Sedikit penulisan daripada Hasan al-Banna berkenaan "Persiapan kita, Wahai seluruh Manusia, Itulah Matlamat & Pendekatan kita" untuk memenangkan Islam dimuka bumi ini dalam buku Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna;

"Persiapan kita sama seperti persiapan generasi silam. Senjata kita adalah senjata yang sama pernah digunakan oleh pemimpin dan ikutan kita, Muhammad s.a.w, utusan Allah bersama para sahabat baginda ketika menggembur dunia ini. Walaupun kekurangan dari segi bilangan dan sumber serta terpaksa bekerja keras namun senjata itulah yang akan kita guna untuk menggempur dunia ini sekali lagi. Keyakinan mereka dengan Allah, dengan janji dan bantuan Allah begitu mendalam, begitu teguh, begitu suci dan begitu telus."

Firman Allah;

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik"
( Surah Al-Ahzab : 21 )
( 33 : 21 )

"Keyakinan" 
dan
"Keimanan"
kepada Allah
adalah senjata yang paling hebat!

Adakah kemenangan, kejayaan & kegemilangan Islam itu lambat kerana kita masih goyah dalam "keyakinan" dan "keimanan" kita terhadap Allah?
Adakah kita lebih banyak berbicara daripada berbuat?
Adakah kita kurang akrab dengan Allah?
Adakah kita melaksanakan amalan sunat yang sentiasa diamalkan para pejuang Islam?
Adakah kita lupa bukan kita yang memberi kemenangan kepada Islam tetapi Allah?
Adakah kita lupa mengislah diri adalah proses berterusan sehingga mati menjemput?



Ini hanyalah monolog dalaman diri...
Bahawa kita semua masih perlu belajar, memperbaiki diri, dan bermuhasabah adakah "saya" penyebab lewatnya kemenangan Islam itu?
(saya tujukan, KHASnya untuk diri saya)
Insya-Allah, Islam itu tak memerlukan kita untuk membantunya tetapi kita sangat memerlukan Islam itu untuk kita mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat!

Saya sentiasa mendoakan semoga Islam dapat tertegak dan tertanam dengan kukuh di bumi Malaysia, insya-Allah suatu hari nanti..
Manusia hanya merancang tetapi hanya Allah yang menentukan
dan
Sebaik-baik perencanaan adalah daripada Allah KERANA Dia Yang  MAHA TAHU
^_^


Wednesday 24 April 2013

Ada apa dengan USRAH?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Usrah berasal daripada kalimah arab bermaksud keluarga.
Manakala dari segi istilah :  usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah.

Firman Allah:
“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
( Al-Maidah : 2 )
( 5 : 2 )

Kini, masyarakat sudah mula kenal dan biasa dengan perkataan usrah.

Usrah bukan HANYA untuk golongan yang SKEMA/ALIM/BAIK SGT
Tetapi
Usrah adalah untuk SEMUA yang ingin memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih baik melalui perkongsian ilmu yang dilaksanakan di dalam usrah.

Usrah juga tak mengenal umur kerana proses mencari dan mendalami ilmu agama adalah proses yang lama, panjang sehingga maut menjemput.

Usrah adalah satu tempat untuk:
memperoleh ilmu
menyampaikan ilmu
berkongsi ilmu/pendapat
pengislahan diri (perubahan diri ke arah yang lebih baik)
saling membantu membentuk diri/akhlak/sahsiah
PALING PENTING
tempat untuk mengumpul dana sebagai bekalan di akhirat sana! :)

Setiap orang perlu kepada USRAH kerana manusia mudah lupa, mudah lalai, mudah lemah menempuh kehidupan yang penuh GODAAN IBLIS/SYAITAN.
USRAH adalah KEKUATAN untuk kita menempuh segalanya!
^_^

Best tak JOIN USRAH??
Bagi saya:
USRAH itu BEST SGT!
Saya jumpa org yang menyayangi kita BUKAN kerana apa-apa tetapi IKATAN HATI..
Jadi, anda perlu merasainya sendiri..
Tunggu apa lagi,jom JOIN USRAH!

P/s : Bagi yang berminat, boleh bertanya.. ^_^...I love USRAH!






Sunday 14 April 2013

Sebelum mata tertutup dibuai mimpi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Pagi sentiasa disambut oleh Sang Mentari,
Sinarnya adalah permulaan dan harapan,
Bunyi kicauan burung dan ayam berkokok,
Lafaz alhamdulillah tanda hari ini masih milik kita.

xxxxxxxxx

Berakhirnya hari tika Sang Mentari melabuhkan tirainya,
Langit jingga dan kemerahan mengalukan Sang Bulan,
Waktu kerehatan buat Bumi dan isinya,
Masihkah ada esok untuk kita?

xxxxxx

Sebelum mata kita tertutup dan dibuai mimpi,
Seharusnya kita merenungi hari yang telah kita lalui,
Ayuh, imbas kembali sambil bermuhasabah..!

Adakah ada hati yang telah disakiti?
Adakah hari bermula dengan baik?
Apakah kebaikan yang telah dilakukan?
Apakah kejahatan yang telah dilakukan?
Adakah kebaikan atau kejahatan mendahului?
Adakah sedia memaafkan kesalahan orang kepada kita?
Adakah kita sudah meminta kemaafan orang lain terhadap kesalahan kita?
Adakah kita sudah bersedia jika hari esok bukan lagi milik kita?
Apakah perkara yang kita kesali kerana tak sempat untuk berbuat?
Apakah pembaikkan diri akan dilakukan jika esok masih milik kita?

<Mungkin hanya titisan mutiara kecil mengiringi setiap jawapan..........>
;(



"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
(Ali-`Imran :  185)
( 3 : 185 )



"Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya."

"Mengingati kematian menjadikan kehidupan itu lebih bermakna."

-Hanya kepada Allah tempat kami semua dikembalikan.-

p/s: Semoga kematian yang semakin hampir mendekatkan lagi diri kita kepadaNya..
Ya, Allah hidupkanlah aku dan matikanlah aku sebagai seorang Islam, begitu juga semua ahli keluargaku...Amin..





Friday 29 March 2013

"Bersangka baik" vs "Bersangka buruk"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Bersangka baik sikap yang paling SUKAR untuk diaplikasikan..
...Huh...
Terutamanya bila dah ade perasaan syak wasangka
Ish3..
Perkara ini mesti berlaku bila kita berhubungan dengan individu lain
Untuk bersangka baik kita perlu mendidik hati kita terlebih dahulu
Ni adalah antara perkara yang kita rasa kita hanya "FIKIR" dan "CAKAP DALAM HATI"
kononnya...
TETAPI
Tanpa disedari kita dah bersangka buruk dekat seseorang 
dan
Secara tak langsung malaikat pun menulis satu kejahatan tanpa kita sedari
Rugi kan?

*****************
Contoh situasi A:
Seorang lelaki yang kusut-masai, kurus kering, berjalan terhuyung-hayang lalu di sebelah kita.

Umumnya kita akan fikir-
 (Bersangka buruk)
"Ish, hisap dadah agaknya dia ni!"
"Kesian, mabuk..."
"Takutnya, orang gila!"

Jarang-jarang kita akan fikir:
(Bersangka baik)
"Kesiannya dia mesti tak ada duit nak makan sampai jalan dah tak larat"
Betuk tak?

*******************
Contoh situasi B:
Seseorang pernah salah faham dengan kita dan bertindak menjauhkan diri.
Tiba-tiba meminta bantuan daripada kita.

Umumnya kita akan fikir:
(Bersangka buruk)
"Tu la..masa senang tak ingat!Ni dah susah baru cari!"
"La...mesti kawan dia yang lain dah tinggalkan dia!"
"Biar betul...Tak sihat agaknya dia ni..Tiba-tiba je berubah pulak!"

Jarang-jarang kita akan fikir:
(Bersangka baik)
"Mungkin dia dah tahu perkara sebenar, mesti dia nak berkawan balik macam dulu..bagusnya!"
Betuk tak?

******************

Sukar untuk bersangka baik sekiranya kita memikirkan perasaan dan jangkaan kita
adalah
betul dan benar!

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
( Al-Hujurat : 12 )
( 49 : 12 )


PENYELESAIAN yang PALING berkesan adalah:
PAKSA DIRI untuk bersangka baik!
<mesti ramai yang setuju, kan??>

Sebenarnya untuk membantu diri kita kadang-kadang memerlukan kita untuk
bersikap lebih tegas
insya-Allah akan berhasil!
^_^

Tip-tip untuk PAKSA DIRI bersangka baik:
# Sentiasa fikir POSITIF walaupun kadang-kadang terang-terangan seperti itu.
# Elakkan melihat seseorang sekirannya kita akan berfikir buruk!
# Memaafkan dan melupakan
# Buat-buat tak nampak dan jangan ambil kisah
# Jangan dengar khabar/berita daripada orang tentang keburukan orang lain!
# Fikirkan apakah tindakan Rasulullah saw.
# Fikirkan pahala yang akan dipotong dan dosa yang menimbun!
# Istighfar sekiranya tersangka buruk!

Akhir kata, bersangka baik akan menenangkan hati dan menceriakan emosi!
^_^



P/s: Insya-Allah kita akan berjaya sekiranya kita berusaha seterusnya memohon kepada Allah untuk memudahkan kita memperbaiki hati dan akhlak kita, terutamanya diri saya sendiri. Allah akan memudahkan jalan kebaikan kepada mereka yang mahu dengan izin daripada Nya. Moga kita dalam golongan itu! Amin.. :)



Thursday 21 March 2013

22 Mac - Syahidnya Syeikh Ahmad Yassin

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang..

22 Mac 2004 
tarikh yang dapat 
meningkatkan
membarakan
semangat untuk berjuang!


Perginya ditangisi..Namun semangatnya tetap hidup dan membara .. Munculnya beribu Syeikh Ahmad Yassin yang bakal menggerunkan Israel!

Syahidnya Syeikh Ahmad Yassin dengan tiga buah roket Israel selepas selesai solat subuh secara berjemaah dan mengorbankan empat yang lain termasuk anaknya.


Ya, Allah!
Israel menggunakan tiga buah roket hanya untuk menamatkan hidup seorang tua yang berkerusi roda?!
Satu buah roket sudah dapat menghancurkan sebuah bangunan!
Israel TAKUT dengan perjuangan Beliau.
TAKUT
kepada
fikrah yang dibawanya untuk memerdekakan Palestin
semangat yang ditanam dalam hati pemuda untuk berjuang
perkataannya yang mampu menggoncang hati-hati umat untuk kembali teguh.

 16 Oktober 1991 : Beliau telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara oleh Zionis dan akibat penderaan selama bertahun-tahun tersebut, beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya, masalah pendengaran akibat tekanan, beliau menghidap jangkitan pada paru-parunya dan juga pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara membawanya berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ya, Allah!

Hebatnya ujianMu kepada HambaMu yang dipilih untuk menJAGA & meMELIHARA
AGAMUMU di dunia ini..

Adakah kita mampu untuk beralasan untuk berusaha memenangkan Islam?
Adakah kita mampu berdiam ketika masyarakat memerlukan "cahaya"?
Adakah kita mampu beralasan untuk berdakwah?
Adakah kita layak meminta SYURGA seandainya FIZIKAL kita sempurna, TUBUH kita kuat, UMUR kita masih muda tetapi tak pernah BERJUANG untuk ISLAM?!
tak pernah MENYUMBANG walaupun sedikit?!
Malulah kita pada Allah yang memberi pinjaman kepada kita atas segalanya!


Walid al-A’zami mengatakan
"Orang yang paling layak memperolehi kemuliaan ialah seorang hamba
yang memusnahkan dirinya, bagi menyelamatkan agamanya."

Memusnahkan diri??
Kita berusaha sehabis-habis / memaksa diri sehabis mungkin untuk agama sehingga kita sudah tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan..

Walaupun kita berasa tidak mampu untuk mencapai tahap tersebut tetapi berusahalah terlebih dahulu... Syeikh Ahmad Yassin memberikan segalanya sehabis mungkin untuk Islam padahal dirinya memerlukan kerehatan disebabkan keadaan dirinya itu..
TETAPI
Adakah Beliau menjadikan itu sebagai alasan?
Apakah yang Beliau pilih??
Berjuang sehabisnya!
sehingga
SYAHID menjemputnya...

Hidup mulia atau mati syahid adalah tujuan tertinggi yang mahu dicapai oleh sebahagian besar manusia
Insya-Allah semoga Allah memperkenankan doa-doamu...
Amin
^_^

"Anak-anak Islam di mana-mana, jihad merupakan tugas - untuk mewujudkan pemerintahan Allah di bumi dan untuk membebaskan negara dan diri kamu dari penguasaan Amerika sekutu Zionis, ia adalah pertempuran anda - sama ada kemenangan atau mati syahid."
~Ahmad Yassin~


p/s: Insya-Allah nasihat tersebut adalah untuk diri saya terutamanya yang masih jauh ketinggalan dalam perjuangan yang panjang ini....Tetapi bangkitlah dan jangan berputus asa kerana rahmat Allah itu seluas langit dan bumi...Perbaikilah diri dan berusaha ke arah itu dengan lebih tekun lagi!Yakin boleh! :)

Wednesday 13 March 2013

Dakwah kepada Keluarga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Setiap manusia akan menginginkan kebaikkan yang bersifat fitrah lagi suci..
Manusia akan berusaha mencari dan menghias diri dengan kebaikkan..
Keinginan kepada kebaikkan adalah hidayah daripada Allah..
Hidayah itu cahaya yang cerah..
Kecerahan itu akan menyinari orang disekeliingnya..

Individu yang paling hampir dengan kita adalah keluarga..
Kewajipan kita sebagai ahli dalam komuniti kekeluargaan untuk 
sentiasa menasihati dan memandu ke arah kebaikkan serta menjauhi laranganNya.

                "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
( Surah At-Tahrim : 6 )
( 66 : 6 )

Mengajak keluarga kepada Islam itu lebih payah bagi sebahagian besar masyarakat..
Serba salah untuk menegur adik-beradik,
Kalau ditegur dikata "alahhh macam baik sangat!"
TETAPI
itu sebenarnya UJIAN & LATIHAN yang Allah khususkan buat individu yang ingin redhaNya..


Tip-tip untuk kita mendakwahi keluarga:
1) Sentiasa menunjukkan akhlak yang baik dalam semua keadaan! 
*Ini sahaja sudah cukup dan tip-tip lain sebagai tambahan
^_^
2) Solat diawal waktu dan mengajak orang lain.
3) Pendekatan hati ke hati untuk menegur.
4) Khususkan masa/waktu untuk eratkan hubungan dengan keluarga.
+ Contoh : makan bersama-sama, pergi pasar dengan ibu bapa
5) Pilih siaran TV yang lebih bermanfaat
+Contoh : bukan kita "KEPALA" untuk menonton pertandingan menyanyi secara LIVE.. ^_^
6) Pilih cerita bedtime stories menjurus kepada cerita Nabi-nabi & para sahabat / yang boleh memberi pengajaran. (terutama jika kita seorang kakak)
7) Banyak bercerita dan berkongsi tentang isu-isu Islam/tokoh-tokoh Islam
+Contoh: isu-isu Palestin
8) Berlembutlah walaupun tak setuju
+Contoh: adik-beradik perempuan berpakaian agak "singkat"
"Kak, baju lain lagi cantik..Cuba baju ni, nampak cute sikit!"
9) Hadiahkan buku-buku agama yang bersesuian
10) Banyakkan berdoa setelah berusaha kerana
 HANYA ALLAH yang memegang HATI manusia

p/s: Insya-Allah semoga Allah memudahkan urusan kita dan pada masa yang sama kita perlu banyak berusaha untuk memperbaiki diri kita terlebih dahulu begitu juga saya..Tip-tip tersebut adalah hasil pengalaman/perkongsian dengan individu-individu lain..Paling utama adalah jangan berputus asa! :)






Monday 4 March 2013

Al-ma'thurat : amalan harian yang dilupakan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Umat akhir zaman umat terakhir,
Sebahagian besar umat:
-meninggalkan agama,
-tak kenal Tuhan,
-tak kenal Rasul,
-jauh daripada Al-Quran & Sunnah,
-semakin mendekati Qiamat tanpa bekalan.

xxxxxxxxxxxxx

Tahu tak apakah Al-Ma'thurat itu?
Al-Ma'thurat adalah susunan zikir-zikir yang telah di amalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk membenteng diri kita daripada gangguan syaitan.

Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah memilih dan menyusun semula himpunan zikir-zikir Rasulullah s.a.w supaya dapat diamalkan oleh umat sehingga kini..
Subhana-Allah banyaknya pahala yang Beliau peroleh dengan menyumbang kebaikkan untuk ummah..
Kita pula bagaimana??

Al-Ma'thurat terbahagi kepada Kubra (panjang) dan Sughra (pendek)
Tidak penting kita memilih yang mana, yang paling penting kita beramal dengan istiqamah untuk membacanya pada waktu pagi dan petang setiap hari..
Insya-Allah
^_^


Amalan ini dapat mengisi sebahagian kecil masa 24 jam kita untuk berzikir dan berdoa kepada-Nya.

Alangkah baiknya jika setiap denyutan nadi kita sentiasa ada Allah hingga nafas terakhir..
^_^


Beberapa kelebihan membaca Al-Ma'thurat:

Dari Annas ra. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang mengucapkan diwaktu pagi ucapan"

"Maka ia dilindungi dari gangguan syaitan yang direjam hingga ke petang"
( Riwayat Ibn Al-Sunni)

*Tidak dihampiri syaitan
*Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
*Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
*Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
*Selamat dari segala sesuatu.
*Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
*Allah berhak untuk meredhainya
*Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
*Terhindar daripada syirik.
*Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
*Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
*Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
*Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
*Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut berzikir dan berdoa
~dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Tahu~
 (Kredit kepada http://wowberita.org )


p/s: Perkara utama adalah berniat melakukan segalanya kerana Allah..Insya-Allah..Allah akan melihat perbuatan yang dilakukan manusia HANYA kerana DIA..Semoga amalan ini menjadi bekalan untuk "perjalanan" yang seterusnya.. :)

"Kelebihan Al-Ma'thurat itu akan hanya dirasakan oleh orang yang beramal dengannya menurut perhitungan dan izin daripada Allah.."











Thursday 28 February 2013

Palestin kami datang...!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Isu Palestin makin hari makin sepi dan makin dilupakan....

Hari Nakhbah (hari kecelakaan: hari pencerobohan Israel ke atas Palestin)
15 Mei 1948

Kini

2013

sudah hampir 65 tahun Palestin dijajah...

Lupakah kita bahawa saudara kita sedang merana dan tersiksa?
Adakah semangat kita sudah semakin luntur seiring dengan lamanya masa berlalu?
Mengapakah mengambil sikap berdiam diri tanpa sebarang tindakan?
Tidak takutkah kita tentang pertanyaan daripada Allah bahawa tanggungjawab untuk membebaskan Palestin berada di bahu setiap muslim, tetapi di manakah usaha kita?

Isu Palestin datang bermusim di media cetak mahupun media elektronik..
Sedangkan kesengsaraan mereka di sana berlaku setiap hari tanpa henti!
Malunya pada mereka!
Malunya pada Rasulullah!
Malunya pada Allah!

Dari Anas bin Malik ra, dari Nabi saw, sabdanya : "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."
 (HR Bukhari dan Muslim )

Bukankah kita suka keamanan?
Bukankah kita suka keselesaan?
Bukankah kita suka ketenangan?
TETAPI
Bagaimanakah mereka, saudara kita di sana?
Bukankah mereka juga suka kepada keamanan, keselesaan & ketenangan?

SeKECIL-KECIL bantuan kita kepada mereka adalah DOA.


TETAPI
yang ingin ditekankan disini adalah memBOIKOT produk ISRAEL!
Isu yang dirasakan agak MALAS untuk dilaksanakan dan diambil tahu oleh masyarakat majoritinya!
Ya, Allah..
Susah sangatkah untuk mengorbankan sedikit KEINGINAN kita untuk membantu saudara kita yang sangat sangat sangat memerlukan bantuan kita yang sangat sangat sangat sedikit ini?
Kita tahu tetapi tak ambil pusing...
Kita tahu tetapi tak berbuat...
Kita tahu tetapi ......................

FATWA pada 4 April 2002 daripada Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:

"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."


Berikut adalah sebahagian produk ISRAEL



JANGAN fikirkan:
"Apalah yang effect sangat dengan kita boikot barang-barang ni, diaorang seluruh dunia barangnya popular...ada effect ke?"
"Alahhh...rugi je kita boikot ini bukan boleh kalahkan ISRAEL pun!"
"Tak payah la...buat buang masa & pening kepala je nak check satu-satu mana barang ISRAEL...Dah la banyak! Tak sempat masa! Lagi satu susahkan diri je!"

Istighfarlah..

Setiap perkara akan di soal semasa kita di hisab..
"APAKAH USAHAMU MEMBANTU SAUDARAMU YANG DITINDAS DI PALESTIN???
" Ya, Allah...Tak banyak Aku bantu...Aku hanya berdoa dan memboikot barang-barang Israel.."
Selebihnya kita serahkan pada Allah kerana DIA MAHA TAHU DAN MAHA ADIL..
Perkara yang paling paling paling penting adalah USAHA kita untuk membantu saudara kita di Palestin untuk dimerdekakan daripada cengkaman Israel!





Wahai, Palestin kami datang!














Wednesday 27 February 2013

Kembalilah kepada Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Mari kita berfikir sejenak tentang:
Penyu makhluk ciptaan Allah yang akan kembali semula ke tempat asalnya untuk bertelur..
Hebatkan!
Macam mana boleh jumpa jalan ke sana sedangkan tiada GPS?? 
Yang paling penting mereka mengembara lebih kurang 3 500 km sebelum kembali ke pantai yang sama untuk bertelur..
-Subhana-Allah-
^_^

Penyu walau macam mana jauh pun pasti akan kembali ke tempat asalnya..
Pasti akan jumpa!

Manusia walau macam mana "jauh" pun akan mencari jalan kembali kepada Pencipta..
Sama ada jumpa atau tidak?
Berjaya atau gagal?
Berusaha bersungguh atau sebaliknya?

Menipulah sekiranya manusia itu dapat hidup dengan "gembira" & "bahagia"
tanpa taat pada suruhan dan menjauhi larangan Tuhannya
tanpa petunjuk dan hidayah yang memandu dirinya daripada kesesatan



"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
( Al-An'am : 32 )
( 6 : 32 )

"Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima pertunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa."
( Muhammad : 17 )
( 47 : 17 )

"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi."
( Al-A'raf : 178 )
( 7 : 178 )

Beruntunglah bagi orang yang mencari & mendapat cinta Allah (hidayah)
yang begitu mahal serta sangat bernilai daripada bumi dan isinya...

Marilah mencari dan kembali kepada Allah kerana kehidupan di dunia ini tidak dapat menjanjikan kegembiraan dan kebahagiaan yang hakiki..

Wahai umat akhir zaman!
Ketahuilah Hari Pembalasan itu makin dekat dari hari ke hari..
Bagaimanakah kamu mempersiapkan segala "bekalan" untuk mengharungi waktu-waktu sukar di Mahsyar?
Adakah kamu tahu JANJI ALLAH itu BENAR?
Adakah kamu tahu AZAB ALLAH itu SANGAT PEDIH?
Adakah kamu sedar diri kamu sangat jauh daripada Allah?
Siapakah yang RUGI??!
-KAMU-




p/s : Insya-Allah semoga kita dapat bermuhasabah & sentiasa mempersiapkan segala "bekalan" kita untuk perjalanan yang seterusnya kerana setiap manusia yang telah diambil nyawanya oleh Allah sentiasa merayu & meminta peluang kedua untuk hidup bagi membetulkan setiap perkara yang telah dilakukannya di dunia yang tidak membantunya di alam kubur dan seterusnya ketika dihisab di hadapan Allah swt nanti.
Maklumat tambahan tentang kisah Si Penyu boleh layari http://www.sciencedaily.com/releases/2007/02/070226131640.htm