Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Setiap manusia tak
pernah tahu & bersedia untuk menempuh pelbagai ujian/dugaan yang bakal
ditempuhi dalam setiap fasa dalam kehidupan
Kerana semua itu
diluar pengetahuan
Semua itu diluar
bidang kuasa
Semua itu sangat
RAHSIA
Hanya Tuhan Yang Tahu
“Dialah Allah, tidak
ada tuhan selain Dia. Yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Dialah
Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.”
( Al-Hasyr : 22 )
( 59 : 22 )
Persediaan hati
adalah cara terbaik untuk mendidik diri mudah
Menerima
Memperbaiki
Memperbaharui
Mengenalpasti
kekuatan/kelemahan diri
Kerana
Kekuatan itu bukan terletak pada fizikal seseorang
Tetapi
Kekuatan itu terletak
pada “HATI” untuk segalanya!
Isi hati/Perasaan
diri adalah perkara yang HANYA diketahui oleh Nya tanpa sebarang
penggurangan/penambahan
kerana semua itu tak
akan diketahui oleh orang lain
JIKA
Kita tak
menzahirkannya.
Tiada siapa lebih
mampu/berupaya untuk membantu kita dalam persediaan hati melainkan Allah.
Allah adalah sumber
kekuatan untuk setiap inci kehidupan.
Tiada apa yang
meRUGIkan kita jika kita melaksanakan amalan/kebaikan untuk lebih dekat
denganNya.
Kebaikan itu memang
SUKAR/PAYAH untuk dilaksanakan
Kerana
SYURGA ALLAH itu
tinggi nilainya!
“Tidaklah sama para
penghuni neraka dengan para penghuni syurga, para penghuni syurga itulah orang
yang memperoleh kemenangan.”
( Al-Hasyr : 20 )
( 59 : 20 )
p/s: Jangan mudah
berputus asa dalam melakukan persediaan hati/kebaikan dalam kehidupan. Andai
kata pernah jatuh bangkitlah kembali kerana perjalanan itu masih
panjang..Kadang-kadang kita letih, kadang-kadang kita lesu, kadang-kadang kita
sedih, kadang-kadang kita menangis..Tak mengapa, teruskan perjuangan!
Insya-Allah Dia sentiasa menemani kita sepanjang perjalanan ini.. ^_^
Peringatan ini saya
tujukan khasnya untuk diri saya sendiri yang masih dalam proses yang panjang
untuk memperbaiki diri yang begitu banyak kelemahan!
No comments:
Post a Comment