Thursday 28 February 2013

Palestin kami datang...!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Isu Palestin makin hari makin sepi dan makin dilupakan....

Hari Nakhbah (hari kecelakaan: hari pencerobohan Israel ke atas Palestin)
15 Mei 1948

Kini

2013

sudah hampir 65 tahun Palestin dijajah...

Lupakah kita bahawa saudara kita sedang merana dan tersiksa?
Adakah semangat kita sudah semakin luntur seiring dengan lamanya masa berlalu?
Mengapakah mengambil sikap berdiam diri tanpa sebarang tindakan?
Tidak takutkah kita tentang pertanyaan daripada Allah bahawa tanggungjawab untuk membebaskan Palestin berada di bahu setiap muslim, tetapi di manakah usaha kita?

Isu Palestin datang bermusim di media cetak mahupun media elektronik..
Sedangkan kesengsaraan mereka di sana berlaku setiap hari tanpa henti!
Malunya pada mereka!
Malunya pada Rasulullah!
Malunya pada Allah!

Dari Anas bin Malik ra, dari Nabi saw, sabdanya : "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."
 (HR Bukhari dan Muslim )

Bukankah kita suka keamanan?
Bukankah kita suka keselesaan?
Bukankah kita suka ketenangan?
TETAPI
Bagaimanakah mereka, saudara kita di sana?
Bukankah mereka juga suka kepada keamanan, keselesaan & ketenangan?

SeKECIL-KECIL bantuan kita kepada mereka adalah DOA.


TETAPI
yang ingin ditekankan disini adalah memBOIKOT produk ISRAEL!
Isu yang dirasakan agak MALAS untuk dilaksanakan dan diambil tahu oleh masyarakat majoritinya!
Ya, Allah..
Susah sangatkah untuk mengorbankan sedikit KEINGINAN kita untuk membantu saudara kita yang sangat sangat sangat memerlukan bantuan kita yang sangat sangat sangat sedikit ini?
Kita tahu tetapi tak ambil pusing...
Kita tahu tetapi tak berbuat...
Kita tahu tetapi ......................

FATWA pada 4 April 2002 daripada Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:

"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."


Berikut adalah sebahagian produk ISRAEL



JANGAN fikirkan:
"Apalah yang effect sangat dengan kita boikot barang-barang ni, diaorang seluruh dunia barangnya popular...ada effect ke?"
"Alahhh...rugi je kita boikot ini bukan boleh kalahkan ISRAEL pun!"
"Tak payah la...buat buang masa & pening kepala je nak check satu-satu mana barang ISRAEL...Dah la banyak! Tak sempat masa! Lagi satu susahkan diri je!"

Istighfarlah..

Setiap perkara akan di soal semasa kita di hisab..
"APAKAH USAHAMU MEMBANTU SAUDARAMU YANG DITINDAS DI PALESTIN???
" Ya, Allah...Tak banyak Aku bantu...Aku hanya berdoa dan memboikot barang-barang Israel.."
Selebihnya kita serahkan pada Allah kerana DIA MAHA TAHU DAN MAHA ADIL..
Perkara yang paling paling paling penting adalah USAHA kita untuk membantu saudara kita di Palestin untuk dimerdekakan daripada cengkaman Israel!





Wahai, Palestin kami datang!














Wednesday 27 February 2013

Kembalilah kepada Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Mari kita berfikir sejenak tentang:
Penyu makhluk ciptaan Allah yang akan kembali semula ke tempat asalnya untuk bertelur..
Hebatkan!
Macam mana boleh jumpa jalan ke sana sedangkan tiada GPS?? 
Yang paling penting mereka mengembara lebih kurang 3 500 km sebelum kembali ke pantai yang sama untuk bertelur..
-Subhana-Allah-
^_^

Penyu walau macam mana jauh pun pasti akan kembali ke tempat asalnya..
Pasti akan jumpa!

Manusia walau macam mana "jauh" pun akan mencari jalan kembali kepada Pencipta..
Sama ada jumpa atau tidak?
Berjaya atau gagal?
Berusaha bersungguh atau sebaliknya?

Menipulah sekiranya manusia itu dapat hidup dengan "gembira" & "bahagia"
tanpa taat pada suruhan dan menjauhi larangan Tuhannya
tanpa petunjuk dan hidayah yang memandu dirinya daripada kesesatan



"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
( Al-An'am : 32 )
( 6 : 32 )

"Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima pertunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa."
( Muhammad : 17 )
( 47 : 17 )

"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi."
( Al-A'raf : 178 )
( 7 : 178 )

Beruntunglah bagi orang yang mencari & mendapat cinta Allah (hidayah)
yang begitu mahal serta sangat bernilai daripada bumi dan isinya...

Marilah mencari dan kembali kepada Allah kerana kehidupan di dunia ini tidak dapat menjanjikan kegembiraan dan kebahagiaan yang hakiki..

Wahai umat akhir zaman!
Ketahuilah Hari Pembalasan itu makin dekat dari hari ke hari..
Bagaimanakah kamu mempersiapkan segala "bekalan" untuk mengharungi waktu-waktu sukar di Mahsyar?
Adakah kamu tahu JANJI ALLAH itu BENAR?
Adakah kamu tahu AZAB ALLAH itu SANGAT PEDIH?
Adakah kamu sedar diri kamu sangat jauh daripada Allah?
Siapakah yang RUGI??!
-KAMU-




p/s : Insya-Allah semoga kita dapat bermuhasabah & sentiasa mempersiapkan segala "bekalan" kita untuk perjalanan yang seterusnya kerana setiap manusia yang telah diambil nyawanya oleh Allah sentiasa merayu & meminta peluang kedua untuk hidup bagi membetulkan setiap perkara yang telah dilakukannya di dunia yang tidak membantunya di alam kubur dan seterusnya ketika dihisab di hadapan Allah swt nanti.
Maklumat tambahan tentang kisah Si Penyu boleh layari http://www.sciencedaily.com/releases/2007/02/070226131640.htm




Thursday 21 February 2013

2M = Musibah + Masalah , Masalah + Musibah ???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Bagaimanakah perjalanan hari anda??
Semuanya berjalan lancar?
-Alhamdulillah-
^_^
Ada sedikit masalah/musibah berlaku?
Emmm....
<Tanda Allah sayang & tidak membiarkan kita tu>
^_^



Setiap musibah yang berlaku mesti ada sebabnya dan hikmah disebaliknya..
TETAPI
Umumnya sekiranya kita ditimpa musibah/masalah kita jarang untuk berfikir dengan lebih mendalam
Maksudnya??
Begini....
Adakah kita pernah terfikir setiap masalah/musibah ini terjadi kerana dosa-dosa kita?
Pernah tak kita terfikir semua ini berlaku tanda Allah sayang pada kita dan nak memberi kita banyak pahala dengan mengharunginya dengan sabar?

Manusia akan selalu lupa dan perlu sentiasa diingatkan tentang perjalanan hidup yang penuh cabaran & dugaan.
Perjalanan hidup ini akan lebih indah dengan
 IMAN & ISLAM

Memikirkan dosa lalu dapat memperbaiki diri,
Memikirkan dosa lalu dapat menjernihkan hati,
Memikirkan Allah selalu pasti menggembirakan hati!



p/s: Kereta rosak secara tiba-tiba? "Mesti ada something Allah nak ajar ni.." (sangat bagus monolog dalaman ni) daripada "Siapala yang buat kereta ni rosak!Terukla macam ni! Geramnya!" (ish3...harapnya kita tak bermonolog macam ni)
Insya-Allah
^_^




Sunday 17 February 2013

Akhlak membentuk peribadi membuahkan ketaqwaan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

"Akhlak" adalah perkataan yang begitu mudah untuk disebut
TETAPI
sangat sukar untuk dilaksanakan
dan
hanya "segelintir" sahaja yang berupaya untuk berakhlak
berpandukan Al-Quran & As-Sunnah..

Rasulullah s.a.w contoh dan idola
atau
tauladan sepanjang zaman kepada akhlak yang sempurna..

Penekanan kepada akhlak dapat membentuk peribadi yang soleh/solehah

Perkara ini dapat dicapai dengan:
TAQWA

Perkataan TAQWA membawa erti memelihara.

Hujahnya dalam ayat Al Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.”
 (At-Tahrim : 6)
( 66 : 6 )

Kamus Dewan Edisi Ke-3 (m/s 1000) mendefinisikan memelihara sebagai;
 6.  menyelamatkan, melepaskan (melindungi ) daripada bahaya dll..

Kesimpulannya --

Sekiranya kita memelihara tingkah laku atau perbuatan kita daripada sebarang keburukan seperti yang telah digariskan Allah..
Insya-Allah "putik-putik" ketaqwaan itu sedang mula terbina dalam diri kita..

Kita tahu
dan
Kita berusaha

 

Renungan:
Situasi A :Sekiranya anda melihat gumpalan kertas di kaki anda?
Situasi B : Sekiranya anda melihat seorang tua sedang membawa beg yang berat dikedua-dua tangannya?
Situasi C : Sekiranya anda melihat wajah keletihan ibu/ayah sedang mengurut-urut kedua-dua kaki mereka?
Situasi D : Sekirannya anda membaca post yang memburukkan/memfitnah/mensabotaj individu di FB atau BLOG?
Situasi D : Sekirannya seseorang meminta bantuan anda di kala anda begitu sibuk?

Apakah tindakan anda??
TIP : Bayangkan Rasulullah s.a.w ditempat anda, apakah tindakan Baginda??
( Cara ini insya-Allah berkesan untuk mula mendidik diri melakukan kebaikan = akhlak yang terpuji  ^_^ )


Menurut Imam Al-Ghazali, "Akhlak adalah perbuatan yang dilakukan tanpa berfikir.."

Imam Ghazali berkata;
"Apabila jiwa seseorang telah biasa dengan merasakan yang enak-enak dan yang jahat sahaja maka sudah pasti jiwa itu tidak akan dapat menerima yang baik dan benar dan ia tidak dapat dikembalikan kepada keadaan yang lebih berat seperti beramal dan bersungguh. Jiwa yang tercela itu akan dimilikinya secara terus-menerus sekali pun bertentangan dengan tabiat baik manusia."
(Ihya’ Ulumuddin)
   

p/s : Memohon keampunan kepada Allah... Berusaha untuk berakhlak dengan ahli keluarga/orang terdekat merupakan ujian/cabaran kerana mereka lebih kenal siapa kita.. :) Allah tidak melihat kepada hasil tetapi Allah melihat kepada usaha kita..Moga dimudahkan urusan oleh Sang Pencipta!