Thursday 1 November 2012

Perkongsian hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kita dicipta oleh Allah tanpa diketahui adakah kisah kita satu pengakhiran yang
"Happy Ending" atau sebaliknya...?

Setiap manusia datang daripada Yang Maha Esa dan akan kembali kepada-Nya kelak..

Setiap hari pelbagai perkara baru yang akan datang dan perlu diselesaikan dan dilaksanakan..

Tugas seharian?
Tugasan kerja?
Tanggungjawab?
Masalah peribadi?
Masalah kerja?

Pelbagai warna dan corak telah tercipta dalam kanvas kehidupan kita..
^_^

Setiap "warna" dan "corak" tersebut memberi pelbagai
MAKNA
PENGAJARAN
PELAJARAN
serta 
MENDIDIK kita untuk sentiasa belajar 
memPERBAIKI diri 
menjadi
orang yang lebih BAIK daripada sebelumnya..

Sentuhan tarbiyyah mengubah
DIRI
PANDANGAN
PRINSIP
CARA HIDUP
TUJUAN KEHIDUPAN
supaya
menuju kepada Pencipta-Nya..

"Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu."
( As-Sajdah : 5 )
( 32 : 5 )

Ya, Allah...

Jika ditolak, ditambah, didarab dan dibahagi...
Adakah cukup amalan yang dikumpul, dikutip, dicari 
untuk
menghadapi hari akhir yang masanya
HANYA diketahui oleh Tuhan Yang Maha Esa..??

Umur kita sehingga mana noktahnya?? = hari akhirat
(1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia)

Sekirannya hidup kita ditakdirkan sehingga 63 tahun??

Adakah amalan kita selama 63 tahun dapat menampung perjalanan kita ke sana??

SePATUTnya..

Amalan kebaikkan kita adalah "infiniti" untuk menampung perjalanan kita ke
ALAM AKHIR yang KEKAL

P/s : sebagai info tambahan :

Tarbiyyah dalam Bahasa Arab bermaksud pendidikan.

Tarbiyyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shahih, yakni agar tercipata sesuatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, dan tindakannya secara keseluruhan.

Menurut buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin:
Tarbiyyah adalah cara yang ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi/keadaan yang lebih baik.

* Insya-Allah saya juga dalam proses untuk memperbaiki diri dan sentiasa memperbaharui niat setiap hari supaya CINTA kepada ALLAH sentiasa MILIK saya sehingga akhirnya..AMIN.. :)




Wednesday 10 October 2012

Sabar seperti cahaya matahari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Manusia yang hebat adalah manusia yang sabar menghadapi segalanya..



Sabar merupakan akhlak yang tertinggi KERANA
sifat sabar ini tidak akan lebur dalam diri manusia yang 
TAK kenal TUHANnya
TAK kenal RASULnya
TAK kenal AGAMAnya

Sifat sabar akan melebur dan sebati dengan jiwa yang sentiasa JINAK dengan
Perintah Tuhan
Ayat-ayat Al-Quran 
sifat-sifat mahmudah 
Sirah Para Nabi & Sahabat
yang berupaya memberi contoh yang terbaik buat diri! :)

Sabar adalah dhiya' ..
Dhiya' adalah cahaya yang mengeluarkan bahang kepanasan dan boleh membakar seperti 
cahaya MATAHARI

Sabar adalah dhiya'..
Kerana sifat sabar itu memberi cahaya kepanasan dan membakar serta sesuatu perkara yang membebankan diri

KeSABARAN memerlukan kita untuk bermujahadah terhadap jiwa! 



"Dan bersabarlah (Muhammad), dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah, dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka, dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan." 

( An Nahl : 127)
(16 : 127)

Sabar itu tiada HAD 
Sabar itu kesakitan dan sengsara
Namun
Sabar itu juga cahaya dan jalan menuju ke SYURGA
yang kekal & abadi

p/s : semoga saya dan kamu mampu berakhlak dengan sifar sabar kerana hanya kesabaran akan memberi ketenangan dan kedamaian kepada jiwa dan hati kita...Insya-Allah.. :)




Saturday 29 September 2012

Motivasi Cinta untuk hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Motivasi Cinta??
< terfikir pelik-pelik ker.... ?? :) >

^_^




Menjalani kehidupan di dunia memerlukan semangat yang luar biasa!
Semangat yang sentiasa "bersemangat" untuk melaksanakan PERINTAHNYA 
Semangat untuk menghindarkan diri daripada melaksanakan LARANGANNYA
Semangat untuk COPY & PASTE akhlak Rasulullah s.a.w sebagai pedoman
Semangat untuk memenangkan ISLAM
Semangat untuk hidup dalam redha Ilahi
dan bla..bla..bla...
-paling penting sekali-
Semangat untuk berjaya di dunia & di akhirat

Banyak Motivasi  --->  Kuat Semangat

TANPA motivasi perkara mudah jadi susah
Tanpa motivasi perkara baik jadi buruk
Tanpa motivasi kejahatan dan nafsu itu indah!

Ketika hati di isi dengan 
MOTIVASI CINTA tentang TUHAN
Dengan izin-Nya hati akan berSEMANGAT!!

Setiap apa-apa yang kita lihat, dengar
akan mengingatkan dan mendekatkan diri 
kepada ALLAH
MAKA 
itulah MOTIVASI CINTA kita untuk hati...

"Pohon" cinta kepada Allah memerlukan "baja" yang memastikan pohon itu sentiasa 
hidup & subur di ladang "hati".

"Baja" tersebut boleh jadi secara umumnya;
perbanyakkan amalan kebaikkan..
Kebaikkan itu adalah cahaya kepada HATI
Motivasi cinta TUHAN itu adalah nadi kepada HATI
Hati yang termotivasi akan melahirkan semangat!
Semangat untuk menjadi baik!
Semangat untuk berjuang!

" Dan setiap orang yang memperoleh tingkatan sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan, dan agar Allah mencukupkan balasan perbuatan mereka, dan mereka tidak dirugikan."

( Al-Ahqaf : 19)
(46 : 19)

Lagu ini telah memberi Motivasi Cinta kepada hati, anda??



Yang Abadi daripada kumpulan Mestika

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi

C/O
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi



p/s : insya-Allah semoga saya dan anda sentiasa memotivasikan hati untuk cinta kepada Yang Abadi..amin.. :)


Saturday 22 September 2012

KONSPIRASI musuh ISLAM!



Dunia semakin tua dan hanya Allah Yang Maha TAHU bila semuanya akan BERAKHIR..
PengAKHIRAN itu semakin HAMPIR
NAMUN
Adakah kita sudah BERSEDIA??

ISLAM selalu 
dihina
dicaci
disalah erti
MALAH
digelar "pengganas"
oleh dunia yang TIDAK TAHU 
apakah itu ISLAM..??

Kini fenomena "Innocemce of Muslims" yang menghina Rasulullah s.a.w..
Apakah yang kita sudah lakukan??
Adakah kita tidak berasa apa-apa??
Adakah kita hanya MEMBIARKAN sahaja??

Ya, Allah musuh Islam SENTIASA mencari ruang untuk MEMBURUKKAN
Nama ISLAM itu dan RASULULLAH SAW..
Pengaruh RASULULLAH yang menyebarkan ISLAM 
hanya MELALUI AKHLAKnya sahaja
SUDAH
cukup membuktikan BAHAWA 
Baginda 
MANUSIA yang HEBAT & DIHORMATI

Malah Michael Hart telah menyenaraikan Muhammad di RANKING 1 antara 100 individu yang 
PALING BERPENGARUH dalam SEJARAH DUNIA..


Nah...! Hanya MANUSIA yang TIDAK TAHU SEJARAH & TIDAK mengKAJI 
sahaja yang boleh bertindak untuk MENGHINA baginda!

Musuh ISLAM sentiasa MENCARI peluang untuk merosakkan UMAT
dan
MELEBURKAN jati diri setiap muslim 
usaha mereka TIDAK AKAN BERHENTI sampai QIAMAT!

KERANA

Mereka TAKUT, RISAU, DENGKI melihat perkembangan ISLAM yang semakin pesat dewasa ini..
SEMAKIN ramai masyarakat di DUNIA memilih
ISLAM sebagai cara HIDUP.

"Dan orang-orang YAHUDI dan NASRANI tidak akan rela kepadamu (MUHAMMAD) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).: Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah : 120)
(2 : 120)

Kita tidak boleh bertindak keterlaluan sehingga kita mengesahkan sendiri
agama dan penganutnya "ganas"

Kita perlu kembali kepada ISLAM yang sebenar
Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah
sebagai 
PEDOMAN hidup!

ISLAM itu DIPANDANG HINA disebabkan Penganutnya
KERANA
HANYA SEGELINTIR kecil sahaja mempraktikkan ISLAM sepenuhnya dalam
KEHIDUPAN..

ISLAM akan tertegak dan MENANG suatu hari nanti..

JANJI Allah itu BENAR..

Marilah, kita bersama-sama memperbaiki diri & mengumpul "kekuatan IMAN" untuk 
MELAWAN musuh-musuh ISLAM..
ALLAH sentiasa BERSAMA kita!
Allahuakbar!

"Katakanlah (Muhammad), "Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman!Bertakwalah kepada TUHANmu." Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahananya tanpa batas."
(Az-Zumar : 10)
(39 : 10)

p/s: Wahai, Tuhanku! Pilihlah aku untuk menjadi penyambung perjuangan Rasulullah s.a.w sehingga akhirnya!
AMIN...

Tuesday 11 September 2012

Hidayah itu milik Allah :)

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Permulaan sesuatu lukisan bermula dengan satu titik di atas kertas,
Permulaan sesuatu kehidupan bermula dengan KEHEBATAN Yang Maha Berkuasa,
Permulaan kehidupan manusia bermula SAAT DILAHIRKAN ke dunia..

Setiap manusia TIDAK tahu kesudahannya dan jalan kehidupan 
yang akan ditempuhinya kelak..

Bahagiakah?
Berimankah?
Celakakah?

"........."

Semua itu RAHSIA Allah yang MUSTAHIL untuk diketahui..

NAMUN

Pilihan itu terletak pada manusia itu sendiri :)

Kebahagiaan yang HAKIKI sukar diperoleh oleh manusia yang TIDAK TAHU cara untuk mengapainya..
Kehidupan yang diREDHAI memberi sejuta SENYUMAN walaupun diUJI sejuta KESUSAHAN,
Keindahan dunia yang FANA ini dilihat hanya JAMBATAN untuk ke SANA,
DAN
Hanya Allah TUJUAN manusia akan memberi MAKNA kepada KEHIDUPAN..

"Siapa yang dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit......."
(Al-An'am : 125)
(6 : 125)

^_^



Allah yang memilih dan memberi hidayah kepada manusia yang DIKEHENDAKINYA sahaja!

Jadi wajarkah untuk terfikir:

"Alah, tak payah susah-susahlah dah tertulis dah kita ni dapat hidayah ke tak.."
"Tak payahlah nak cepat sangat berubah, nanti dah sampai seru baru berubah.." 
"Alah, kita ni awal-awal dah macam ni, Tuhan dah tentukan kita jadi macam nie, terima je lah!"

Ish-ish...dahsyat betul orang yang KURANG faham tentang hidayah ni...

Memang betul setiap apa-apa yang berlaku itu KETETAPAN Allah
TETAPI
Allah memberi KITA pilihan untuk jadi BAIK atau JAHAT
DAN
Allah juga dah bagi klue-klue untuk jadi BAIK
dalam al-Quran, hadis Nabi, Sirah..

RUGI dan MALANGNYA kita jika..
Kita tidak berusaha langsung untuk menjadi ORANG yang DIKEHENDAKI oleh Allah itu..
Contoh:
Setiap pelajar yang cemerlang akan dapat penghargaan daripada setiap orang dan semestinya ramai yang ingin menjadi pelajar yang cemerlang kerana dapat banyak faedah seperti biasiswa, sijil, tajaan ke luar negara, dan lain-lain..

macam situasi diatas tetapi diubah sedikit..

Setiap manusia yang beriman akan mendapat penghargaan yang paling utama daripada Allah berupa SYURGA yang penuh nikmat tanpa pengakhiran dan kekal, dan juga pelbagai hadiah-hadiah kecil semasa di dunia seperti murah rezeki, dimudahkan urusan, disayangi orang lain, kehidupan yang tenang, keluarga yang bahagia [ terlalu banyak sampai tak tertaip! :) ]

Jangan mengharap KEBAIKAN akan datang kepadamu TANPA usaha,
Jangan mengharap HIDAYAH akan pergi kepadamu TANPA doa,
Jangan mengharap BAHAGIA akan menemanimu TANPA Dia,
Jangan mengharap SYURGA pengakhiranmu TANPA redha-Nya..

P/s: Insya-Allah marilah kita sama-sama berusaha mencari dan mengejar hidayahnya supaya hidayah itu akan menjadi milik kita. Jika kita sudah mendapatkannya, kuncilah dan simpanlah hidayah itu dengan baik dalam hatimu supaya hidayah tak pergi daripada mu.. Saya pun begitu! Amin... :)





Sunday 9 September 2012

Kasih Tuhan seluas langit dan bumi :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Manusia akan sering berasa sunyi, sedih dan pilu
JIKA 
berhadapan dengan konflik yang sentiasa mewarnai kanvas kehidupan,

Setiap manusia memerlukan momen sendirian
UNTUK
 melihat, mentafsir dan memuhasabah diri
terhadap
setiap perkara yang berlaku dalam hidup.





TANPA
melihat, mentafsir dan memuhasabah diri
menjadikan
manusia itu "BUTA"

BUTA mencari HIKMAH konflik atau ujian yang menimpa diri
mengikut
ajaran agama yang begitu SEMPURNA :)

Allah menguji setiap hamba-Nya untuk melihat kebergantungan kita pada-Nya..
DAN yang PALING PENTING
memberikan kita PAHALA yang banyak!

KEBUTAAN itu "memakan" ranting-ranting "iman" dalam diri,
menJAUHKAN rasa untuk BERSYUKUR


JANGAN KITA LUPA

Kasih Tuhan pada kita seluas langit & bumi
KERANA
Hanya DIA yang memahami & mendengar doa, tangisan, rintihan kita saat 
manusia tak mampu menenangkan ,
Hanya DIA yang kita cari saat memerlukan kekuatan untuk mengharungi 
kehidupan yang panjang,
Hanya DIA yang sentiasa bersama kita saat manusia tak mampu
untuk bersama kita setiap masa,
Hanya DIA yang memberi saat kita meminta tanpa imbalan,
DAN
Hanya DIA yang menyayangi kita melebihi makhluk langit dan bumi.. :)

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd : 28)
(13 : 28)

Marilah, bersama-sama merasai KASIH SAYANG TUHAN yang tiada penghujung dan sentiasa mendamaikan setiap HATI manusia..


Thursday 6 September 2012

Dakwah-->bilangan ramai-->berjaya?? :)

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Antara tugas utama manusia diciptakan oleh Allah adalah untuk:
~ menyeru ke arah kebaikkan dan mencegah kejahatan atau kemungkaran.
Atau bahasa "klasiknya"....
berDAKWAH! :)

-Kenangan-
Awal-awal "dilanggar" dengan bas "tarbiyyah"
TAKUT, PELIK, RISAU,GERUN
dengan perkataan
DAKWAH..

-Kini & selamanya-
Seronok, bersemangat, gemuruh, rasa bersalah, takut, pilu, dan seribu 1 lagi emosi..

^_^

bila dengar perkataan DAKWAH..

Kerana 
DAKWAH itu AMANAH & TANGGUNGJAWAB
yang akan disoal Allah kepada setiap hamba-Nya
dan
pada saat itu anggota badan kita berbicara & menjadi SAKSI..

AMANAH yang berkait antara setiap manusia
SETIAP manusia ada HAK untuk berDAKWAH
SETIAP manusia juga ada HAK untuk diDAKWAHI

-berat betulkan...-

TIADA alasan
TIADA penolong
TIADA APA PUN melainkan dosa atau pahala menemani..



=nota CINTA drp ALLAH=

"Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah....."
(Ali 'Imran : 113)
(3:113)

"Perhitungan amal manusia telah semakin dekat kepada mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)."
(Al-Anbiya':1)
(21:1)

Kejayaan & keberhasilan DAKWAH
bukan pada bilangan orang yang menerima dakwah
TETAPI
asas dalam dakwah itu adalah perbaikan diri (iman) :)

Perbaikilah diri mu terlebih dahulu sebelum kamu memperbaiki orang lain,
Jangan lah kamu berasa berat untuk menyampaikan amanah ini kerana kamu berasa belum cukup sempurna,
 kerana KESEMPURNAAN itu bukan milik kamu tetapi milik Allah, 
Usaha perbaikan diri itu lebih SEMPURNA jika,
Kamu menyampaikan dan memperbaiki dirimu,
Sesungguhnya usaha itu akan berterusan,
Sehingga ajal menjemputmu..

-Hidup mulia atau mati syahid-







Wednesday 29 August 2012

Pernah terfikir tak??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Orang kata ciptaan Allah itu mengajar manusia untuk berfikir tentang
KEHEBATAN & KEBESARAN
ciptaan-Nya yang
MAHA HEBAT!

Setuju! :)

Allah meminjamkan kita GIGI..
Alhamdulillah dengan adanya GIGI,
manusia boleh:
# mengunyah makanan
# memotong halus makanan
# tersenyum lebar
(sebab ada gigi, nampak cantik! =P )

menawankan senyuman nie..
Subhana-Allah cantik! :)


bayangkan kalau....


Ya, Allah takut + ngerinya!
Moga kita sentiasa menjaga amanah ini dengan baik, insya-Allah..

Manusia mencipta pelbagai benda atau objek untuk memudahkan
KEHIDUPAN..

Antaranya ialah PISAU..



Pisau dicipta oleh manusia secara umumnya untuk;
# memotong sesuatu dalam pelbagai cara seperti mendadu, mayang dll.

Seperti yang diketahui umum, pisau sangat tajam!
Boleh melukakan!

Kaitan antara GIGI & PISAU??



Gigi dan pisau mempunyai fungsi yang sama iaitu MEMOTONG..

TETAPI...

Pelik tak dengan..

Lidah kita tak pernah berdarah, luka, terpotong jika terkena gigi

TETAPI

Jari akan berdarah dan luka jika terkena pisau

dan

Jika kita menyentuh dan menggosok gigi dengan jari,
jari kita tak akan luka atau berdarah..

TETAPI

sebaliknya akan berlaku jika ditukar dengan pisau..

~KESIMPULANNYA~

Subhana-Allah hebatnya ciptaan Allah yang menciptakan gigi dengan begitu sempurna dan menjalankan fungsinya dengan hebat sekali dan tidak membahayakan manusia.. :)

Dan YANG PALING HEBAT ialah..

Gigi manusia tak pernah tumpul macam pisau ciptaan manusia...hehe  :)




Friday 17 August 2012

Merasai kehadiran-Nya :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Manusia dilahirkan ke dunia dengan izin-Nya,

TANPA

Mengetahui takdir dan ketentuan yang menanti,

TANPA

Mengetahui jenis ujian atau dugaan yang menimpa ,

TANPA

Mengetahui kesudahan dirinya Syurga atau sebaliknya.

Manusia perlu merasai 
KEHADIRAN ALLAH
dalam
setiap detik hidupnya 
merasai 
KASIH SAYANG ALLAH
dalam
kehidupannya.




Allah yang menciptakan manusia,
Dia MAHA MENGETAHUI serba serbi tentang KITA

Dia yang menganugerahkan kita
NIKMAT-NIKMAT
tanpa sebarang BIL yang perlu dijelaskan

Dia anugerahkan kita:
-bumi yang indah
-pancaindera yang sempurna
-tubuh yang lengkap
-keluarga yang hebat
-rezeki yang melimpah-ruah
-rakan-rakan yang baik
<tak mampu saya senaraikan semua nikmat-Nya selamanya>
Subhana-Allah!

Tetapi segalanya sia-sia
JIKA
Hidup ditempuhi 
TANPA MERASAI KEHADIRAN
ALLAH

Bibir akan sentiasa dibasahi dengan
"Subhana-Allah"
"Alhamdulillah"
"Allahuakbar"
"Astarafirullah"
TANDA KEHAMBAAN kepada-NYA

Rasailah Allah dalam kehidupanmu nescaya kamu akan sentiasa tenang dan merasai kebahagiaan
KERANA
Penciptamu bersamamu
walaupun 
kamu SENDIRIAN!

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd : 28)
(13 : 28)


Sentiasa berdoa supaya HIDAYAH-NYA akan sentiasa bersamamu
&
Keredhaan-Nya memberkati kehidupanmu selamanya
Amin..

P/s : Insya-Allah dengan merasai kehadiran Allah akan menambahkan lagi rasa kehambaan. Saya masih berusaha untuk sentiasa merasai kehadiran Allah dalam setiap detik hidup ini..
Insya-Allah semoga dimudahkan! :)


Tuesday 14 August 2012

Pekerja = Hamba

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Calon-calon pekerja :

Pekerja A : Tubuh yang sihat -----> baik hati ------> kerja hebat! Tip top!

Pekerja B : Tubuh yang sihat -----> suka cakap lepas -----> kerja biasa-biasa je

Pekerja C : Tubuh yang sihat -------> malas ------> kerja yang cincai! 


Jadi agak-agak Pekerja mana yang akan digaji? 
Mudah dapat cuti??
Mudah naik pangkat??
Yang paling penting sekali...
Disayangi bosnya!! :)

Jawapan <Pekerja A>




Sebabnya??

Setiap mereka mempunyai tubuh yang sihat
TETAPI
karakter diri dan amalan kerja yang sangat berbeza
PASTI
ramai mudah selesa bekerja dengan pekerja A
KERANA
akhlak atau sikap yang baik pada dirinya..

Kita manusia suka memilih benda yang baik-baik kan??

Kalau dilihat daripada segi lain..


Hamba A : Tubuh yang sihat -----> baik hati ------> ibadah hebat! Tip top!

Hamba B : Tubuh yang sihat -----> suka cakap lepas -----> ibadah biasa-biasa je

Hamba C : Tubuh yang sihat -------> malas ------> ibadah yang cincai!

Allah akan LEBIH sayang dan redha dengan HAMBA yang mana ye??

Allah adil pada setiap hamba-Nya..
Dia berikan tubuh yang sihat sebagai MODAL untuk kita..
Dia juga sediakan BONUS yang tak terkira
SEKIRANYA
kita melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

RUGI tak kalu kita tak gunakan MODAL itu sebaik-baiknya...??
Sedangkan kita tak sumbangkan apa-apa
KERANA
setiap daripada kita adalah
dari Allah juga..

"Sesunggunya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ......"

(At-Taubah : 111)
( 9 : 111)


~Nota Cinta daripada Allah : Al-Quran~


MALU kan...??

Kalau kita tak berusaha bersungguh-sungguh ke arah kebaikan
Tak takut jika Allah BIARKAN kita tanpa PETUNJUKNYA..?
RISAUNYA
Ayuh!
Mari BERNIAGA dengan Allah kerana kita
TAK AKAN RUGI! :)

Friday 10 August 2012

Pilih jalan kepada Tuhan dengan AKAL

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Manusia --> Akal ---> Keputusan ----> ???

Allah memberikan sesuatu yang EXTRA kepada manusia 
yang TIADA pada makhluk hidup yang lain di muka bumi ini iaitu
AKAL

AKAL
membolehkan manusia untuk memilih antara 
BENAR atau SALAH
BAIK atau BURUK

Setiap manusia perlu memilih HANYA satu jalan untuk di ambil
Keputusan perlu di buat!

Karya Robert Frost 
"The Road Not Taken"

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,


And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.


I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I --
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


ABOUT THIS POEM:

meaning:
The literal meaning of this poem by Robert Frost is pretty obvious. A traveler comes to a fork in the road and needs to decide which way to go to continue his journey. After much mental debate, the traveler picks the road "less traveled by."
The figurative meaning is not too hidden either. The poem describes the tough choices people stand for when traveling the road of life. The words "sorry" and "sigh" make the tone of poem somewhat gloomy. The traveler regrets leaves the possibilities of the road not chosen behind. He realizes he probably won't pass this way again.


Tiada manusia yang boleh memilih kedua-dua "JALAN" untuk di ambil dalam kehidupan..

Pilihan menentukan KESAN yang berbeza kepada setiap manusia

KEKESALAN
atau
KEGEMBIRAAN
di akhirnya nanti..

Allah memberikan kita "PETA" untuk melalui setiap "JALAN" tersebut;
# Al-Quran
# As-sunnah

"PETA" tersebut akan sentiasa memandu kita ke arah yang betul! :)

Insya-Allah, kita tak akan pernah kesal jika kita memilih
JALAN KEPADA ALLAH
yang sentiasa
dipenuhi
KEBAIKAN
dan
KEREDHAAN-NYA..

"Wahai, orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung."
(Al-Ma'idah : 35)
(5 : 35)

Ragu-ragu untuk memilih kebaikan klue kepada masalah diri..Ayuh, topup iman! =)




Thursday 9 August 2012

Hati dan Jantung? Keliru... :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Allah memberikan manusia dengan 1 jantung untuk fungsi tubuh..

Allah memberikan manusia dengan 1 hati untuk HIDUP..

Eh..??Kenapa? Ada beza ke jantung & hati?

Cuba lihat.. :)



<Gambar di atas adalah hati atau liver manusia>

<Gambar di atas adalah gambar jantung atau heart manusia>


<Gambar ini menunjukkan letaknya organ hati dan jantung dalam jasad>

Yup! Memang berbeza...TAPI...

Hati yang dimaksudkan di sini adalah HATI YANG DI LIHAT SECARA ABSTRAK

Contoh:
"Sakitnya, hati! Geram betul!"
"Saya terasa hati dengan awak."
"Saya berat hati nak pergi."
"Saya suka hati!"

Berikut merupakan percakapan harian manusia yang bercakap tentang HATI bukan hati atau LIVER... :)

Berbalik kepada :

"Allah memberikan manusia dengan 1 hati untuk HIDUP.."

Awal kelahiran setiap manusia Allah hadiahkan kita dengan HATI yang bersih, suci, putih tanpa noda..

Itulah fitrah manusia "SUCI, BAIK, TANPA NODA."

HATI adalah rahsia kepada pemilik hati.

"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami tampakkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit"
(Ibrahim : 38)
(14:38)

Allah hadiahkan kita sekeping hati untuk memandu hati kita kepada Allah.

Allah sentiasa ADIL kepada hamba-Nya dengan memberi teman kepada HATI iaitu AKAL.

HATI merupakan KING kepada jasad.

Tanpa akal, hati tiada guna,
Tanpa hati, akal juga tidak berguna,

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."
(Al-Hajj : 46)
(22 : 46)

HATI yang HIDUP adalah HATI yang sentiasa:
#  mengingati Allah setiap detik
# menjauhi diri daripada sifat mazmumah
# tersentuh dengan ayat Al-Quran
# menangisi dosanya (nangis sorang-sorang pun OK)
# Dan semua perkara POSITIF yang tak tersenarai di atas :)


Insya-Allah, semoga saya dan juga kamu menghargai HATI supaya tujuan HIDUP kita mencapai OBJEKTIF PENCIPTA..

P/s : saya pun dalam proses untuk DISK CLEAN UP & DISK DEFRAGMENTER hati supaya laju untuk buat kebaikan.. ;)








Percubaan pertama :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Alhamdulillah.. =P

Semoga Allah sentiasa memandu diri ini ke arah-Nya sampai bila-bila..Begitu juga blog ini.. :)

"Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."

(Surah Al-Fatihah : ayat 6 hingga 7)
(1 : 6-7)

"Ya, Allah permudahkan jalanku ini ..Amin"

P/S : Ini percubaan pertama saya utk jd blogger...masih  belajar lg.. =)