Thursday 15 August 2013

Perginya Ramadan tibanya Syawal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan nikmat iman, kesihatan dan kegembiraan tatkala menyambut 1 Syawal.

Kadang-kadang kita terfikir adakah ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya?
Adakah sebaliknya yang berlaku?
Adakah pada bulan Ramadhan kita berjaya mentarbiyah diri menjadi seseorang yang lebih baik?
Sedihnya jika tiada apa-apa yang berubah dalam diri kita..
Adakah tanda Ramadan kita berlalu begitu sahaja, tanda semuanya sia-sia.. ??
!_!
Jadi bagaimanakah Ramadan kita?
<tepuk dada tanya iman & hati> 

Mari kita lihat;

Kebiasaan kita--
Jarang solat di awal waktu

Selepas Ramadhan--
a) Berusaha solat awal lima waktu
b) Kadang-kadang solat di awal waktu 
<tiada perubahan>
c) Makin lambat solat daripada sebelumnya
{ Jadi, macam mana ya yang mana kita lakukan a, b atau c ?}

Semoga kita fikir-fikirkan setiap kebiasaan kita dan jadikannya luar biasa kerana kita tahukan Allah tidak akan bagi Syurga pada orang sebarangan..
Syurga itukan MAHAL harganya..
Insya-Allah semoga saya juga begitu..
^_^

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela, kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya".

( Surah al-Mukminun : 1 -11)
( 23 : 1 - 11)

Kita perlu berusaha untuk memenuhi ciri-ciri tersebut kerana berikut adalah ciri-ciri pewaris syurga..
Biar susah, sukar tetapi kita terus berusaha,
Siapa tak inginkan syurga kan?
Ayuh, teruskan usaha hingga akhirnya! :)

Semoga kita sentiasa berdoa kepadaNya untuk menetapkan hati kita supaya sentiasa cenderung dan suka kepada kebaikan..
Kerana
hati itu sifatnya tidak tetap dan sering berubah-ubah..
Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan.