Wednesday 24 April 2013

Ada apa dengan USRAH?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Usrah berasal daripada kalimah arab bermaksud keluarga.
Manakala dari segi istilah :  usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah.

Firman Allah:
“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
( Al-Maidah : 2 )
( 5 : 2 )

Kini, masyarakat sudah mula kenal dan biasa dengan perkataan usrah.

Usrah bukan HANYA untuk golongan yang SKEMA/ALIM/BAIK SGT
Tetapi
Usrah adalah untuk SEMUA yang ingin memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih baik melalui perkongsian ilmu yang dilaksanakan di dalam usrah.

Usrah juga tak mengenal umur kerana proses mencari dan mendalami ilmu agama adalah proses yang lama, panjang sehingga maut menjemput.

Usrah adalah satu tempat untuk:
memperoleh ilmu
menyampaikan ilmu
berkongsi ilmu/pendapat
pengislahan diri (perubahan diri ke arah yang lebih baik)
saling membantu membentuk diri/akhlak/sahsiah
PALING PENTING
tempat untuk mengumpul dana sebagai bekalan di akhirat sana! :)

Setiap orang perlu kepada USRAH kerana manusia mudah lupa, mudah lalai, mudah lemah menempuh kehidupan yang penuh GODAAN IBLIS/SYAITAN.
USRAH adalah KEKUATAN untuk kita menempuh segalanya!
^_^

Best tak JOIN USRAH??
Bagi saya:
USRAH itu BEST SGT!
Saya jumpa org yang menyayangi kita BUKAN kerana apa-apa tetapi IKATAN HATI..
Jadi, anda perlu merasainya sendiri..
Tunggu apa lagi,jom JOIN USRAH!

P/s : Bagi yang berminat, boleh bertanya.. ^_^...I love USRAH!






Sunday 14 April 2013

Sebelum mata tertutup dibuai mimpi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Pagi sentiasa disambut oleh Sang Mentari,
Sinarnya adalah permulaan dan harapan,
Bunyi kicauan burung dan ayam berkokok,
Lafaz alhamdulillah tanda hari ini masih milik kita.

xxxxxxxxx

Berakhirnya hari tika Sang Mentari melabuhkan tirainya,
Langit jingga dan kemerahan mengalukan Sang Bulan,
Waktu kerehatan buat Bumi dan isinya,
Masihkah ada esok untuk kita?

xxxxxx

Sebelum mata kita tertutup dan dibuai mimpi,
Seharusnya kita merenungi hari yang telah kita lalui,
Ayuh, imbas kembali sambil bermuhasabah..!

Adakah ada hati yang telah disakiti?
Adakah hari bermula dengan baik?
Apakah kebaikan yang telah dilakukan?
Apakah kejahatan yang telah dilakukan?
Adakah kebaikan atau kejahatan mendahului?
Adakah sedia memaafkan kesalahan orang kepada kita?
Adakah kita sudah meminta kemaafan orang lain terhadap kesalahan kita?
Adakah kita sudah bersedia jika hari esok bukan lagi milik kita?
Apakah perkara yang kita kesali kerana tak sempat untuk berbuat?
Apakah pembaikkan diri akan dilakukan jika esok masih milik kita?

<Mungkin hanya titisan mutiara kecil mengiringi setiap jawapan..........>
;(



"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
(Ali-`Imran :  185)
( 3 : 185 )



"Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya."

"Mengingati kematian menjadikan kehidupan itu lebih bermakna."

-Hanya kepada Allah tempat kami semua dikembalikan.-

p/s: Semoga kematian yang semakin hampir mendekatkan lagi diri kita kepadaNya..
Ya, Allah hidupkanlah aku dan matikanlah aku sebagai seorang Islam, begitu juga semua ahli keluargaku...Amin..