Friday 12 December 2014

Momentum diri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Perkataan momentum sangat biasa terutama dalam subjek Fizik.
Dalam diri pun ada momentum ke?
Apa kaitannya?



Sebenarnya jika kita lihat kembali momentum ini adalah kuantiti fizikal yang menggabungkan jisim dan halaju.

Manakala perubahan momentum sesuatu objek pada masa tertentu adalah bersamaan dengan impuls sesuatu daya yang bertindak di atas objek tersebut.

Jadi kita akan mudahkan sikit:

-Momentum -
jisim + halaju

****
-Momentum diri-
kuantiti + kualiti

Jika kita lihat kembali
kita menentukan kadar momentun diri kita yang berkait rapat dengan
AMALAN

Setiap amalan yang kita lakukan
kuantitinya bergantung kepada kekuatan mujahadah kita
Kualitinya bergantung pada kadar iman kita

Betul, hanya Allah yang lebih mengetahui tahap kualiti amalan itu
tetapi 
kita wajar berusaha untuk memberi "produk amalan" yang terbaik mengikut arahanNya

Kadang-kadang
kita rasa lemah, statik dan sesat
dalam mencari kembali
"momentum diri"
yang 
stabil.

Kita lupa untuk mencari kembali momentum tersebut dalam kesibukan dunia
Kita lupa rasa "sesuatu yang tak kena" itu adalah kehilangan momentum itu
Kita lupa.

Kembali semula kepada amalan yang kita tinggalkan secara tidak sedar 
Kembali semula merapati Sang Pencipta
Insya-Allah
kamu akan menemui "momentum diri" mu semula
^_^

"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak."
(Surah Asy-Syuraa : 20)
(26 : 20)


P/s: Peringatan buat diri yang paling utama..Masih berusaha untuk memastikan momentum itu sentiasa ada walaupun momentumnya sangat perlahan dan kadang-kadang hampir terhenti...
Moga terus qawiy & tsabat!
Yes, U Can!









Sunday 26 October 2014

Nilai kehidupan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang,

Alhamdulillah bersyukur kpd Allah atas segala nikmatNya..


Setiap manusia mempunyai pandangan masing-masing terhadap
Nilai Kehidupan

Bagi saya secara rendah diri melihat kehidupan ini seperti satu karya lukisan.



Setiap orang yang melihat sekeping lukisan mempunyai pandangan yang berbeza.
Mungkin
Ada yang mengagumi
Ada yang mengkritik

Bagi Sang Pelukis mempunyai sebab tersendiri melahirkan lukisan tersebut yang mungkin dihasilkan kerana
Peristiwa bermakna
Suatu tragedi
atau
menzahirkan perasaannya.

Nilai kehidupan ibarat lukisan



Kehidupan kita bergantung pada kita, kerana kitalah Sang Pelukis yang mencorakkan kehidupan kita.

Orang sekeliling ibarat pengkritik atau peminat lukisan kita, yang tidak dapat memahami sepenuhnya hasil lukisan tersebut tetapi setiap kritikan atau komen baik positif atau negatif dapat mengubah diri kita menjadi orang yang lebih baik.

Tidak lupa juga kepada frame lukisan yang membatasi hasil karya kita.

Itulah analogi betapa kecilnya kuasa Sang Pelukis dibatasi oleh frame, sungguh Kuasa Allah melebihi daripada segalanya dalam kehidupan kita.

Melihat kehidupan itu perlu lebih luas visualnya kerana bukan kita yang mengawal idea corakkan "lukisan itu" tetapi Allah.

Hadapilah kehidupan ini dengan melihat nilai kehidupan itu bergantung dengan cara kita meletakkan acuan agama Allah dalam kehidupan,
Infiniti "hasilnya" kesan kehidupan itu,
Jika meletakkan Allah sebagai "frame" dalam "mencorakkan" kehidupan kita,
Sungguh tiada apa yang rugi dengan bergantung & berharap kepada Allah.


Jika dilihat kembali
Semakin lama kita hidup semakin dekat kematian itu..

Muhasabah diri sebentar selepas melihat "lukisan" orang lain..
Sungguh Allah menguji seseorang sesuai dengan kesanggupannya..

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami"
( Al-Mu'minun : 115 )
(23 : 115)

P/S : Insya-Allah moga terus kuat dan semangat dalam menghadapi kehidupan serta diperkuatkan amalan yang niatnya kerana Allah. :)
Yang paling utama berusaha memperbaiki diri..

Sunday 28 September 2014

Renew niat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Setiap hari adalah hari yang berbeza walaupun melalui perkara yang sama..
Renew niat setiap hari sangat penting..
Terutama apabila berdepan dengan situasi tegang atau perkara yang boleh merosakkan niat..

Isu utama yang paling penting untuk merenew niat adalah berkaitan dengan
Gerak Kerja DAKWAH..

Nilai amal dakwah berkadar langsung dengan keadaan hati

Keadaan hati pula berkadar langsung dengan amal

Amal pula berkadar langsung dengan niat.

Walaupun kadang-kadang rasa "sibuk" atau "penat"
tak akan memberi makna tanpa niat yang betul
kerana Allah...


Rugi
Rugi
Rugi
berlelah tanpa amal dilihat Allah
!_!

َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك

Ya ALLAH, Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMU”


اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك

Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU”

P/s: Sentiasa mengingatkan diri yang paling paling paling utama untuk merenew niat supaya akhlak yang baik akan menjadi tabiat. Insya-Allah.. ^_^




Sunday 27 July 2014

Keindahan ciptaan Allah --> si awan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Awan
Salah satu keindahan ciptaan Allah Yang Maha Hebat!

Sentiasa berfikir dan sentiasa kagum dengan hanya melihat 1 daripada infiti perkara yang dicipta Allah.
Subhana-Allah!

"Manusia perlu belajar daripada alam."

Hasil pembelajaran, belajar daripada alam;

# Mendidik diri untuk berasa rendah diri
# Mendidik diri untuk taat pada Allah seperti;
(Peredaran masa, terbit & terbenam matahari)
# Mendidik diri untuk menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain seperti;
(awan - memberi perlindungan kepada semua hidupan daripada panas terik matahari & menghasilkan hujan)
Yang paling utama adalah
Merasai kewujudan Allah!
^_^

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan."
( Al-Baqarah : 164)
(2 : 164)

Sangat RUGI manusia yang terlalu sibuk dan dihimpit tekanan/masa dalam kehidupan 
sehingga
tak sempat melihat dan mengagumi keindahan ciptaan Allah..
KERANA
Alam
dapat memberi ketenangan pada minda & hati



p/s : Ramadan hampir berakhir meninggalkan kita...Ramadan tahun ini rasa sangat singkat dan sekejap kan..istiqomahlah sehingga bertemu kembali dengan Ramadan insya-Allah pada tahun hadapan.

sedikit perkongsian



Subhana-Allah! Sangat cantik dan menenangkan..

Monday 14 July 2014

Pejuang Palestin : Bridget Al-Qassam Allah sentiasa bersamamu..!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Ramadan kali lebih sayu kerana Palestin dibedil dan diuji dengan peperangan Israel laknatuaallah..

118 rakyat Palestin terbunuh dan 900 lagi cedera..

Dimanakah peranan kita dalam membantu mereka?

Piala dunia banyak mengcover jenayah besar Israel!

Kita sibuk melihat negara mana mara ke FINAL dalam piala dunia..

Tetapi

Adakah kita menyibukkan diri kita untuk memberi bantuan dan membantu mereka walaupun dgn sebaris doa?

Malunya kita nanti di hadapan Allah!

Bridget Al-Qassam adalah tentera yang sangat mengentar dan menakutkan Isreal bukan kerana senjata yang canggih tetapi kerana keimanan mereka terhadap JANJI ALLAH tentang kemenangan ISLAM!!

SYAHID merupakan buruan dan cita-cita mereka walaupun pada kanak-kanak Palestin yang masih kecil!

Siapakah Bridget Al-Qassam?


Subhana-Allah!

Allah memilih tenteraNya daripada mereka yang paling terbaik dalam kalangan semua.


Tidak mengiurkankah janji Allah tentang SYURGA yang menanti bagi setiap orang yang mengorbankan dirinya untuk agama??

"Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-RasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka."
(Al-Hadid : 19)

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;"

( Ali'Imran :169)

Walaupun kita tak mampu berjuang sehebat mereka, tetapi sangat perlu untuk kita berusaha sebaik mungkin untuk terpilih menjadi tentera Allah dalam memperjangkan agamaNya dan sekurang-kurangnya berusaha bersungguh-sungguh untuk  meninggikan agama Allah di Malaysia, Negaraku Tercinta!



Sang Syahid, jasad yang hancur tetapi .................


 VIDEO pembakar semangat memburu SYAHID!

Tuesday 13 May 2014

Jalan Dakwah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah segala syukur kpd Allah atas segalanya.
Iman 
Islam
Kehidupan
Nikmat-nikmat
Ujian-ujian yang mentarbiyah diri
Alhamdulillah.

Jalan Dakwah
tidak dihampar dengan karpet merah
tidak dijanjikan dengan kemudahan
tidak dijanjikan dengan sokongan
tidak dijanjikan kesenangan

Itulah jalan dakwah!

Tanpa melalui semua itu, maka kita masih lagi belum menapak dalam jalan yang panjang ini.

Jalan yang sukar dan perit walaupun bagi Rasulullah saw, kekasih Allah.
Ini kan pula kita?

Jalan berasa ragu, sedih, keseorangan dan putus asa dalam melalui jalan dakwah ini kerana

Jalan ini membawa kepada Allah
Jalan yang dilalui Rasulullah
Jalan yang dilalui para sahabat,
Jalan yang dilalui oleh para syuhada
Jalan orang yang mencari kebaikan!

Sayyid Qutb dalam bukunya Ma'aim Fi At-Thariq (Petunjuk Jalan yang menggentarkan Iman)

"Satu janji itu adalah syurga. Inilah yang dijanjikan untuk mereka yang telah berjihad, yang didera duka dan kegentiran, yang berjuang bermati-matian di jalan dakwah."

"Sesungguhnya, mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan. Kami benar-benar tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu."
(Al-Kahf : 30)
(18 : 30)

Tetapkanlah kaki kami di jalan ini biar pun sukar dan perit
Semoga hati ini kuat walaupun ditentang
Semoga hati ini berani menyatakan kebenaran
Semoga Jiwa ini berbuat hanya kerana Allah!
Amin Ya Rabb!



Tuesday 15 April 2014

CINTA.LOVE.AMOR.الحب.愛.प्यार.사랑.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Tema cinta banyak disogokkan dalam semua media elektronik mahupun media cetak
cinta
cinta
cinta
terhadap manusia lebih diagungkan daripada cinta terhadap sang pencipta
ramai yang menangis dan terkesan
sampai terbawa-bawa dalam mimpi 
dan mengimpikan kisah itu menjadi realiti
kisah "romeo dan juliet"
kisah-kisah cinta
yang tidak mengikut syara' dan tidak berakhir dengan ikatan penikahan

Begitulah dahsyatnya penangan kisah cinta!!!

Ada yang sanggup menunggu walaupun di dalam hujan lebat..
Ada yang sanggup berhabis duit dan harta
Ada yang sanggup berlapar asal boleh makan berdua
Ada yang sanggup berubah demi si dia
Ada yang sanggup menahan mata menjawab sms sampai ke pagi
Manusia sentiasa nampak cinta manusialah menjadi penyeri kehidupan

Kita selalu lupa mengingatkan diri
Cinta kepada Allah itu lebih terharu, terkesan dan hangat
Cinta kepada Allah tidak merunsingkan
Cinta kepada Allak tak pernah kecewa
Cinta kepada Allah memperoleh ketenangan
Cinta kepada Allah sentiasa kekal
Cinta kepada Allah sentiasa mendamaikan
Cinta kepada Allah sumber kekuatan.

Rasulullah saw begitu kuat walaupun menerima tentangan kaum Quraisy kerana cinta Allah..
Bilal bin Rabah diseksa di tengah panas terik tetap bertahan kerana cinta Allah
Abu Bakar menginfakkan semua hartanya tanpa gentar kerana cinta Allah!

Sejarah mengajar kita..

Kisah para anbiya
Kisah para sahabat
Kisah para tabi'in
menjadi saksi

Hanya cinta Allah
yang dapat mengubah
segala yang biasa menjadi yang luar biasa.
segala yang sukar menjadi mudah
segala derita menjadi bahagia.

Salurkan cinta kepada Allah terlebih dahulu sebelum berpaling kepada cinta manusia.
Berdoalah kepadanya semoga cinta manusia itu diperoleh dengan saluran yang sama iaitu kembali kepada-Nya jua.

P/S : semoga Allah sentiasa memelihara hati kita semua daripada perkara yang sia-sia.. ^_^








Thursday 20 February 2014

FUTUR (DO GET HELP)...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Pernah tak rasa tak bersemangat nak beramal?
Pernah tak rasa bermalas-malasan untuk melakukan rutin harian bagi menambah pahala?
(contoh : tilawah makin kurang atau tak buat langsung!)
Pernah tak rasa nak berlepas diri daripada amal/kerja/tugasan dakwah?
Mesti kita akan terfikir "alamak, iman aku tengah down ni!!"
Tolongggggggggggggggggggggg!!

Sebenarnya perkara di atas merujuk kepada gejala futur yang kerap di alami oleh manusia.
Rata-rata manusia merasainya kerana sifat iman bagi manusia itu tidak tetap.
Ada kala naik, ada kala turun.
Terutama, bila dah "terjun" dalam laut tarbiyyah ni..
Lagi la mudah nak detect dan dijangkiti virus futur ni !!
Al-maklumlah Syaitan and the gang
 tak kanlah nak biarkan mudah je nak buat benda baikkan?



Apa itu FUTUR?

Bahasa : terputus setelah terus menerus atau diam setelah bergerak, bersikap malas, lamban, dan santai setelah sebelumnya giat dan bersungguh-sungguh.
Istilah : suatu penyakit hati yang kesan minimumnya rasa malas dan kesan maksimumnya terputus terus daripada amal.

Yup, FUTUR ni salah satu daripada penyakit hati....
Lagi risau kan bila tahu....??
#_#

Jom, kita share tentang  tip-tip menghadapi FUTUR!

1. Menjauhi perbuatan maksiat dan keburukan sama ada kecil atau besar.
Contoh : tengok movie yang sangat-sangat tak membantu mengingati Allah walaupun sedikit.

2. Tekun dalam melaksanakan kewajipan seharian.
(Istiqamah dalam kebaikan dan amalan walaupun sedikit, sehari 1 muka tilawah al-Quran sekiranya berdepan hari yang sangat sibuk daripada tak buat langsung)

3. Hindarkan diri dari sikap berlebihan dalam menjalankan agama
Guideline kita daripada Allah
"Jika Aku melarang sesuatu, maka jauhilah hal itu dan jika Aku perintahkkan kamu dengan sesuatu maka laksanakanlah sebatas kemampuanmu."

4. Memberikan waktu kepada jasmani untuk beristirehat dan makan secukupnya.
(Memberi hak-hak kepada badan @ diri kita sewajarnya)

5. Mengingati kematian dan kejadian-kejadian yang bakal terjadi 
Contoh : kita akan melalui fasa-fasa selepas mati yang akhirnya sama ada kita di syurga atau di neraka.

6. Menghadiri majlis ilmu
(Manusia bersifat lupa & lalai, sangat perlu kepada peringatan yang berterusan!)

7. Menjalankan agama secara keseluruhan
(Mengambil Islam 100% dalam kehidupan dan sentiasa mengingatkan diri tentang Islam itu sangat sempurna jika setiap satu pecahan kecil (amalan-amalan sunat) dilaksanakan dengan sebaiknya)

Tip tambahan :
Sila cari bantuan tambahan dengan menghubungi kawan seusrah / naqibah / kawan-kawan yang boleh menasihati kita..
Insya-Allah
^_^


p/s : sedikit perkongsian daripada buku Rintangan bagi Pejuang Dakwah karya Sayyid Muhammad Nuh

"Futur itu perkara biasa yang dialami oleh semua manusia, tetapi perkara yang paling luar biasa adalah manusia itu tidak berusaha menghadapinya dan membiarkan Syaitan memenanginya dengan mudah!"

Insya-Allah semoga saya juga dapat bersedia dalam menghadapi gejala futur ini supaya tidak tergolek-golek dan terbaring-baring iman nanti...Susah tu nak bangun kan?? 

Tuesday 28 January 2014

Al-Quran sebagai sahabat

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sahabat adalah seseorang yang sentiasa berada di sisi menemani hari-hari kita.

Sahabat tempat kita berkongsi rasa, rahsia

Tetapi sahabat yang sejati akan sentiasa menegur kita kala melakukan kesalahan
dan
berada di sisi membantu kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

Paling utama,
sahabat yang sentiasa mengingatkan kita pada Allah.

Jarangkan kita dengar dan lihat, ada yang menjadikan "Al-Quran" sebagai sahabat??

Maksudnya di sini,
sentiasa "berdamping" ketika kaki melangkah keluar daripada rumah.
sentiasa ada di dalam beg ketika pergi merantau..
sentiasa di selak ketika hati sedih..
sentiasa di cari ketika memerlukan kekuatan..
Adakah kita begitu?

Al-Quran merupakan kalam daripada Allah untuk seluruh manusia..
Surat cinta buat hamba-hambaNya
sebagai 
pedoman, petunjuk dan pegangan
sepanjang hidup
yang membawa kita ke jalan yang lurus untuk kembali kepada-Nya kelak.

Nabi s.a.w bersabda;
"Al-Quran merupakan hujah untuk kamu (membela dan mempertahankan kamu) atau hujah ke atas kamu (mendakwa kamu dan menentang kamu).




P/s : semoga saya dan kamu dapat menjadikan Al-Quran sebagai "sahabat sejati". Insya-Allah  =P