Tuesday 13 May 2014

Jalan Dakwah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah segala syukur kpd Allah atas segalanya.
Iman 
Islam
Kehidupan
Nikmat-nikmat
Ujian-ujian yang mentarbiyah diri
Alhamdulillah.

Jalan Dakwah
tidak dihampar dengan karpet merah
tidak dijanjikan dengan kemudahan
tidak dijanjikan dengan sokongan
tidak dijanjikan kesenangan

Itulah jalan dakwah!

Tanpa melalui semua itu, maka kita masih lagi belum menapak dalam jalan yang panjang ini.

Jalan yang sukar dan perit walaupun bagi Rasulullah saw, kekasih Allah.
Ini kan pula kita?

Jalan berasa ragu, sedih, keseorangan dan putus asa dalam melalui jalan dakwah ini kerana

Jalan ini membawa kepada Allah
Jalan yang dilalui Rasulullah
Jalan yang dilalui para sahabat,
Jalan yang dilalui oleh para syuhada
Jalan orang yang mencari kebaikan!

Sayyid Qutb dalam bukunya Ma'aim Fi At-Thariq (Petunjuk Jalan yang menggentarkan Iman)

"Satu janji itu adalah syurga. Inilah yang dijanjikan untuk mereka yang telah berjihad, yang didera duka dan kegentiran, yang berjuang bermati-matian di jalan dakwah."

"Sesungguhnya, mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan. Kami benar-benar tidak akan menyia-nyiakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu."
(Al-Kahf : 30)
(18 : 30)

Tetapkanlah kaki kami di jalan ini biar pun sukar dan perit
Semoga hati ini kuat walaupun ditentang
Semoga hati ini berani menyatakan kebenaran
Semoga Jiwa ini berbuat hanya kerana Allah!
Amin Ya Rabb!