Thursday 1 November 2012

Perkongsian hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kita dicipta oleh Allah tanpa diketahui adakah kisah kita satu pengakhiran yang
"Happy Ending" atau sebaliknya...?

Setiap manusia datang daripada Yang Maha Esa dan akan kembali kepada-Nya kelak..

Setiap hari pelbagai perkara baru yang akan datang dan perlu diselesaikan dan dilaksanakan..

Tugas seharian?
Tugasan kerja?
Tanggungjawab?
Masalah peribadi?
Masalah kerja?

Pelbagai warna dan corak telah tercipta dalam kanvas kehidupan kita..
^_^

Setiap "warna" dan "corak" tersebut memberi pelbagai
MAKNA
PENGAJARAN
PELAJARAN
serta 
MENDIDIK kita untuk sentiasa belajar 
memPERBAIKI diri 
menjadi
orang yang lebih BAIK daripada sebelumnya..

Sentuhan tarbiyyah mengubah
DIRI
PANDANGAN
PRINSIP
CARA HIDUP
TUJUAN KEHIDUPAN
supaya
menuju kepada Pencipta-Nya..

"Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu."
( As-Sajdah : 5 )
( 32 : 5 )

Ya, Allah...

Jika ditolak, ditambah, didarab dan dibahagi...
Adakah cukup amalan yang dikumpul, dikutip, dicari 
untuk
menghadapi hari akhir yang masanya
HANYA diketahui oleh Tuhan Yang Maha Esa..??

Umur kita sehingga mana noktahnya?? = hari akhirat
(1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia)

Sekirannya hidup kita ditakdirkan sehingga 63 tahun??

Adakah amalan kita selama 63 tahun dapat menampung perjalanan kita ke sana??

SePATUTnya..

Amalan kebaikkan kita adalah "infiniti" untuk menampung perjalanan kita ke
ALAM AKHIR yang KEKAL

P/s : sebagai info tambahan :

Tarbiyyah dalam Bahasa Arab bermaksud pendidikan.

Tarbiyyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shahih, yakni agar tercipata sesuatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, dan tindakannya secara keseluruhan.

Menurut buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin:
Tarbiyyah adalah cara yang ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi/keadaan yang lebih baik.

* Insya-Allah saya juga dalam proses untuk memperbaiki diri dan sentiasa memperbaharui niat setiap hari supaya CINTA kepada ALLAH sentiasa MILIK saya sehingga akhirnya..AMIN.. :)