Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Umat akhir zaman umat terakhir,
Sebahagian besar umat:
-meninggalkan agama,
-tak kenal Tuhan,
-tak kenal Rasul,
-jauh daripada Al-Quran & Sunnah,
-semakin mendekati Qiamat tanpa bekalan.
xxxxxxxxxxxxx
Tahu tak apakah Al-Ma'thurat itu?
Al-Ma'thurat adalah susunan zikir-zikir yang telah di amalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk membenteng diri kita daripada gangguan syaitan.
Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah memilih dan menyusun semula himpunan zikir-zikir Rasulullah s.a.w supaya dapat diamalkan oleh umat sehingga kini..
Subhana-Allah banyaknya pahala yang Beliau peroleh dengan menyumbang kebaikkan untuk ummah..
Kita pula bagaimana??
Al-Ma'thurat terbahagi kepada Kubra (panjang) dan Sughra (pendek)
Tidak penting kita memilih yang mana, yang paling penting kita beramal dengan istiqamah untuk membacanya pada waktu pagi dan petang setiap hari..
Insya-Allah
^_^
Amalan ini dapat mengisi sebahagian kecil masa 24 jam kita untuk berzikir dan berdoa kepada-Nya.
Alangkah baiknya jika setiap denyutan nadi kita sentiasa ada Allah hingga nafas terakhir..
^_^
Beberapa kelebihan membaca Al-Ma'thurat:
Dari Annas ra. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang mengucapkan diwaktu pagi ucapan"
"Maka ia dilindungi dari gangguan syaitan yang direjam hingga ke petang"
( Riwayat Ibn Al-Sunni)
*Tidak
dihampiri syaitan
*Rumah dan
keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
*Allah
mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
*Orang
yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan
menjamin untuknya syurga.
*Selamat
dari segala sesuatu.
*Allah
menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
*Allah
berhak untuk meredhainya
*Tidak ada
sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
*Terhindar
daripada syirik.
*Selamat
dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
*Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
*Berhak
untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
*Sesiapa
yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu
pagi.
*Mengamalkannya
umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut berzikir dan berdoa
~dan pelbagai
lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Tahu~
p/s: Perkara utama adalah berniat melakukan segalanya kerana Allah..Insya-Allah..Allah akan melihat perbuatan yang dilakukan manusia HANYA kerana DIA..Semoga amalan ini menjadi bekalan untuk "perjalanan" yang seterusnya.. :)
"Kelebihan Al-Ma'thurat itu akan hanya dirasakan oleh orang yang beramal dengannya menurut perhitungan dan izin daripada Allah.."
kawan nabila mention tadi pasal al-mathurat. :)
ReplyDeleteYeke..alhamdulillah :)
DeleteMoga kita dapat beramal bersama-sama dengannya :)
Moga nabila sentiasa dlm lindungan Allah selalu ^_^