Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Kesempunaan itu hanya
milikNya.
Kita sebagai manusia
biasa, umat akhir zaman, hamba Allah yang sentiasa berusaha untuk meraih SYURGA
TIDAK akan terlepas
daripada melakukan kesilapan dalam mengharungi proses pengislahan/perubahan
diri.
Jangan
membenci/memcerca/memarahi diri
TETAPI
Pujuklah/berubahlah/bertaubatlah
Menangislah kerana
kita masih lagi lemah.
Lemah bukan bermaksud
kita GAGAL.
Kelemahan itu akan
diganti dengan kekuatan sedikit demi sedikit dengan berkat usaha dan doa.
Fitrah manusia
Sentiasa melakukan
kesilapan
Tetapi
Jangan biarkan diri
melakukan kesilapan yang sama berulang kali
Kerana
“Orang yang bijak tak
akan melakukan kesilapan yang sama berulang kali”
^_^
“Sesungguhnya orang
yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itu sebaik-baik makhluk.”
( Al-bayyinah : 7 )
( 98 : 7 )
Daripada Ibnu Abbas ra, daripada Rasulullah saw sebagaimana dia diriwayatkan daripada Rabbnya Yang Maha Suci dan Maha Tinggi, “Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan perkara tersebut. Barangsiapa berniat melaksanakan kebaikan kemudian dia tidak mengamalkannya, maka dicatat di sisiNya sebagai satu kebaikan penuh. Dan jika dia berniat melakukannya kemudian melaksanakannya, maka Allah akan mencatatnya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda bahkan hingga gandaan yang banyak. Dan jika dia berniat melaksanakan keburukan kemudian tidak melaksanakannya, maka baginya satu kebaikan penuh. Sedangkan jika dia berniat buruk kemudian melaksanakannya, Allah mencatatnya sebagai satu keburukan.(HR. Bukhari dan Muslim)
Kasih sayang Allah
melebihi segalanya!
No comments:
Post a Comment