Thursday, 20 February 2014

FUTUR (DO GET HELP)...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Pernah tak rasa tak bersemangat nak beramal?
Pernah tak rasa bermalas-malasan untuk melakukan rutin harian bagi menambah pahala?
(contoh : tilawah makin kurang atau tak buat langsung!)
Pernah tak rasa nak berlepas diri daripada amal/kerja/tugasan dakwah?
Mesti kita akan terfikir "alamak, iman aku tengah down ni!!"
Tolongggggggggggggggggggggg!!

Sebenarnya perkara di atas merujuk kepada gejala futur yang kerap di alami oleh manusia.
Rata-rata manusia merasainya kerana sifat iman bagi manusia itu tidak tetap.
Ada kala naik, ada kala turun.
Terutama, bila dah "terjun" dalam laut tarbiyyah ni..
Lagi la mudah nak detect dan dijangkiti virus futur ni !!
Al-maklumlah Syaitan and the gang
 tak kanlah nak biarkan mudah je nak buat benda baikkan?



Apa itu FUTUR?

Bahasa : terputus setelah terus menerus atau diam setelah bergerak, bersikap malas, lamban, dan santai setelah sebelumnya giat dan bersungguh-sungguh.
Istilah : suatu penyakit hati yang kesan minimumnya rasa malas dan kesan maksimumnya terputus terus daripada amal.

Yup, FUTUR ni salah satu daripada penyakit hati....
Lagi risau kan bila tahu....??
#_#

Jom, kita share tentang  tip-tip menghadapi FUTUR!

1. Menjauhi perbuatan maksiat dan keburukan sama ada kecil atau besar.
Contoh : tengok movie yang sangat-sangat tak membantu mengingati Allah walaupun sedikit.

2. Tekun dalam melaksanakan kewajipan seharian.
(Istiqamah dalam kebaikan dan amalan walaupun sedikit, sehari 1 muka tilawah al-Quran sekiranya berdepan hari yang sangat sibuk daripada tak buat langsung)

3. Hindarkan diri dari sikap berlebihan dalam menjalankan agama
Guideline kita daripada Allah
"Jika Aku melarang sesuatu, maka jauhilah hal itu dan jika Aku perintahkkan kamu dengan sesuatu maka laksanakanlah sebatas kemampuanmu."

4. Memberikan waktu kepada jasmani untuk beristirehat dan makan secukupnya.
(Memberi hak-hak kepada badan @ diri kita sewajarnya)

5. Mengingati kematian dan kejadian-kejadian yang bakal terjadi 
Contoh : kita akan melalui fasa-fasa selepas mati yang akhirnya sama ada kita di syurga atau di neraka.

6. Menghadiri majlis ilmu
(Manusia bersifat lupa & lalai, sangat perlu kepada peringatan yang berterusan!)

7. Menjalankan agama secara keseluruhan
(Mengambil Islam 100% dalam kehidupan dan sentiasa mengingatkan diri tentang Islam itu sangat sempurna jika setiap satu pecahan kecil (amalan-amalan sunat) dilaksanakan dengan sebaiknya)

Tip tambahan :
Sila cari bantuan tambahan dengan menghubungi kawan seusrah / naqibah / kawan-kawan yang boleh menasihati kita..
Insya-Allah
^_^


p/s : sedikit perkongsian daripada buku Rintangan bagi Pejuang Dakwah karya Sayyid Muhammad Nuh

"Futur itu perkara biasa yang dialami oleh semua manusia, tetapi perkara yang paling luar biasa adalah manusia itu tidak berusaha menghadapinya dan membiarkan Syaitan memenanginya dengan mudah!"

Insya-Allah semoga saya juga dapat bersedia dalam menghadapi gejala futur ini supaya tidak tergolek-golek dan terbaring-baring iman nanti...Susah tu nak bangun kan?? 

No comments:

Post a Comment