Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Perkataan momentum sangat biasa terutama dalam subjek Fizik.
Dalam diri pun ada momentum ke?
Apa kaitannya?
Sebenarnya jika kita lihat kembali momentum ini adalah kuantiti fizikal yang menggabungkan jisim dan halaju.
Manakala perubahan momentum sesuatu objek pada masa tertentu adalah
bersamaan dengan impuls sesuatu daya yang bertindak di atas objek tersebut.
Jadi kita akan mudahkan sikit:
-Momentum -
jisim + halaju
****
-Momentum diri-
kuantiti + kualiti
Jika kita lihat kembali
kita menentukan kadar momentun diri kita yang berkait rapat dengan
AMALAN
Setiap amalan yang kita lakukan
kuantitinya bergantung kepada kekuatan mujahadah kita
Kualitinya bergantung pada kadar iman kita
Betul, hanya Allah yang lebih mengetahui tahap kualiti amalan itu
tetapi
kita wajar berusaha untuk memberi "produk amalan" yang terbaik mengikut arahanNya
Kadang-kadang
kita rasa lemah, statik dan sesat
dalam mencari kembali
"momentum diri"
yang
stabil.
Kita lupa untuk mencari kembali momentum tersebut dalam kesibukan dunia
Kita lupa rasa "sesuatu yang tak kena" itu adalah kehilangan momentum itu
Kita lupa.
Kembali semula kepada amalan yang kita tinggalkan secara tidak sedar
Kembali semula merapati Sang Pencipta
Insya-Allah
kamu akan menemui "momentum diri" mu semula
^_^
"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat
faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang
dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di
dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang
Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat
kelak."
(Surah Asy-Syuraa : 20)
(26 : 20)
P/s: Peringatan buat diri yang paling utama..Masih berusaha untuk memastikan momentum itu sentiasa ada walaupun momentumnya sangat perlahan dan kadang-kadang hampir terhenti...
Moga terus qawiy & tsabat!
Yes, U Can!
No comments:
Post a Comment