Friday, 29 March 2013

"Bersangka baik" vs "Bersangka buruk"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Bersangka baik sikap yang paling SUKAR untuk diaplikasikan..
...Huh...
Terutamanya bila dah ade perasaan syak wasangka
Ish3..
Perkara ini mesti berlaku bila kita berhubungan dengan individu lain
Untuk bersangka baik kita perlu mendidik hati kita terlebih dahulu
Ni adalah antara perkara yang kita rasa kita hanya "FIKIR" dan "CAKAP DALAM HATI"
kononnya...
TETAPI
Tanpa disedari kita dah bersangka buruk dekat seseorang 
dan
Secara tak langsung malaikat pun menulis satu kejahatan tanpa kita sedari
Rugi kan?

*****************
Contoh situasi A:
Seorang lelaki yang kusut-masai, kurus kering, berjalan terhuyung-hayang lalu di sebelah kita.

Umumnya kita akan fikir-
 (Bersangka buruk)
"Ish, hisap dadah agaknya dia ni!"
"Kesian, mabuk..."
"Takutnya, orang gila!"

Jarang-jarang kita akan fikir:
(Bersangka baik)
"Kesiannya dia mesti tak ada duit nak makan sampai jalan dah tak larat"
Betuk tak?

*******************
Contoh situasi B:
Seseorang pernah salah faham dengan kita dan bertindak menjauhkan diri.
Tiba-tiba meminta bantuan daripada kita.

Umumnya kita akan fikir:
(Bersangka buruk)
"Tu la..masa senang tak ingat!Ni dah susah baru cari!"
"La...mesti kawan dia yang lain dah tinggalkan dia!"
"Biar betul...Tak sihat agaknya dia ni..Tiba-tiba je berubah pulak!"

Jarang-jarang kita akan fikir:
(Bersangka baik)
"Mungkin dia dah tahu perkara sebenar, mesti dia nak berkawan balik macam dulu..bagusnya!"
Betuk tak?

******************

Sukar untuk bersangka baik sekiranya kita memikirkan perasaan dan jangkaan kita
adalah
betul dan benar!

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
( Al-Hujurat : 12 )
( 49 : 12 )


PENYELESAIAN yang PALING berkesan adalah:
PAKSA DIRI untuk bersangka baik!
<mesti ramai yang setuju, kan??>

Sebenarnya untuk membantu diri kita kadang-kadang memerlukan kita untuk
bersikap lebih tegas
insya-Allah akan berhasil!
^_^

Tip-tip untuk PAKSA DIRI bersangka baik:
# Sentiasa fikir POSITIF walaupun kadang-kadang terang-terangan seperti itu.
# Elakkan melihat seseorang sekirannya kita akan berfikir buruk!
# Memaafkan dan melupakan
# Buat-buat tak nampak dan jangan ambil kisah
# Jangan dengar khabar/berita daripada orang tentang keburukan orang lain!
# Fikirkan apakah tindakan Rasulullah saw.
# Fikirkan pahala yang akan dipotong dan dosa yang menimbun!
# Istighfar sekiranya tersangka buruk!

Akhir kata, bersangka baik akan menenangkan hati dan menceriakan emosi!
^_^



P/s: Insya-Allah kita akan berjaya sekiranya kita berusaha seterusnya memohon kepada Allah untuk memudahkan kita memperbaiki hati dan akhlak kita, terutamanya diri saya sendiri. Allah akan memudahkan jalan kebaikan kepada mereka yang mahu dengan izin daripada Nya. Moga kita dalam golongan itu! Amin.. :)



Thursday, 21 March 2013

22 Mac - Syahidnya Syeikh Ahmad Yassin

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang..

22 Mac 2004 
tarikh yang dapat 
meningkatkan
membarakan
semangat untuk berjuang!


Perginya ditangisi..Namun semangatnya tetap hidup dan membara .. Munculnya beribu Syeikh Ahmad Yassin yang bakal menggerunkan Israel!

Syahidnya Syeikh Ahmad Yassin dengan tiga buah roket Israel selepas selesai solat subuh secara berjemaah dan mengorbankan empat yang lain termasuk anaknya.


Ya, Allah!
Israel menggunakan tiga buah roket hanya untuk menamatkan hidup seorang tua yang berkerusi roda?!
Satu buah roket sudah dapat menghancurkan sebuah bangunan!
Israel TAKUT dengan perjuangan Beliau.
TAKUT
kepada
fikrah yang dibawanya untuk memerdekakan Palestin
semangat yang ditanam dalam hati pemuda untuk berjuang
perkataannya yang mampu menggoncang hati-hati umat untuk kembali teguh.

 16 Oktober 1991 : Beliau telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara oleh Zionis dan akibat penderaan selama bertahun-tahun tersebut, beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya, masalah pendengaran akibat tekanan, beliau menghidap jangkitan pada paru-parunya dan juga pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara membawanya berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ya, Allah!

Hebatnya ujianMu kepada HambaMu yang dipilih untuk menJAGA & meMELIHARA
AGAMUMU di dunia ini..

Adakah kita mampu untuk beralasan untuk berusaha memenangkan Islam?
Adakah kita mampu berdiam ketika masyarakat memerlukan "cahaya"?
Adakah kita mampu beralasan untuk berdakwah?
Adakah kita layak meminta SYURGA seandainya FIZIKAL kita sempurna, TUBUH kita kuat, UMUR kita masih muda tetapi tak pernah BERJUANG untuk ISLAM?!
tak pernah MENYUMBANG walaupun sedikit?!
Malulah kita pada Allah yang memberi pinjaman kepada kita atas segalanya!


Walid al-A’zami mengatakan
"Orang yang paling layak memperolehi kemuliaan ialah seorang hamba
yang memusnahkan dirinya, bagi menyelamatkan agamanya."

Memusnahkan diri??
Kita berusaha sehabis-habis / memaksa diri sehabis mungkin untuk agama sehingga kita sudah tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan..

Walaupun kita berasa tidak mampu untuk mencapai tahap tersebut tetapi berusahalah terlebih dahulu... Syeikh Ahmad Yassin memberikan segalanya sehabis mungkin untuk Islam padahal dirinya memerlukan kerehatan disebabkan keadaan dirinya itu..
TETAPI
Adakah Beliau menjadikan itu sebagai alasan?
Apakah yang Beliau pilih??
Berjuang sehabisnya!
sehingga
SYAHID menjemputnya...

Hidup mulia atau mati syahid adalah tujuan tertinggi yang mahu dicapai oleh sebahagian besar manusia
Insya-Allah semoga Allah memperkenankan doa-doamu...
Amin
^_^

"Anak-anak Islam di mana-mana, jihad merupakan tugas - untuk mewujudkan pemerintahan Allah di bumi dan untuk membebaskan negara dan diri kamu dari penguasaan Amerika sekutu Zionis, ia adalah pertempuran anda - sama ada kemenangan atau mati syahid."
~Ahmad Yassin~


p/s: Insya-Allah nasihat tersebut adalah untuk diri saya terutamanya yang masih jauh ketinggalan dalam perjuangan yang panjang ini....Tetapi bangkitlah dan jangan berputus asa kerana rahmat Allah itu seluas langit dan bumi...Perbaikilah diri dan berusaha ke arah itu dengan lebih tekun lagi!Yakin boleh! :)

Wednesday, 13 March 2013

Dakwah kepada Keluarga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Setiap manusia akan menginginkan kebaikkan yang bersifat fitrah lagi suci..
Manusia akan berusaha mencari dan menghias diri dengan kebaikkan..
Keinginan kepada kebaikkan adalah hidayah daripada Allah..
Hidayah itu cahaya yang cerah..
Kecerahan itu akan menyinari orang disekeliingnya..

Individu yang paling hampir dengan kita adalah keluarga..
Kewajipan kita sebagai ahli dalam komuniti kekeluargaan untuk 
sentiasa menasihati dan memandu ke arah kebaikkan serta menjauhi laranganNya.

                "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
( Surah At-Tahrim : 6 )
( 66 : 6 )

Mengajak keluarga kepada Islam itu lebih payah bagi sebahagian besar masyarakat..
Serba salah untuk menegur adik-beradik,
Kalau ditegur dikata "alahhh macam baik sangat!"
TETAPI
itu sebenarnya UJIAN & LATIHAN yang Allah khususkan buat individu yang ingin redhaNya..


Tip-tip untuk kita mendakwahi keluarga:
1) Sentiasa menunjukkan akhlak yang baik dalam semua keadaan! 
*Ini sahaja sudah cukup dan tip-tip lain sebagai tambahan
^_^
2) Solat diawal waktu dan mengajak orang lain.
3) Pendekatan hati ke hati untuk menegur.
4) Khususkan masa/waktu untuk eratkan hubungan dengan keluarga.
+ Contoh : makan bersama-sama, pergi pasar dengan ibu bapa
5) Pilih siaran TV yang lebih bermanfaat
+Contoh : bukan kita "KEPALA" untuk menonton pertandingan menyanyi secara LIVE.. ^_^
6) Pilih cerita bedtime stories menjurus kepada cerita Nabi-nabi & para sahabat / yang boleh memberi pengajaran. (terutama jika kita seorang kakak)
7) Banyak bercerita dan berkongsi tentang isu-isu Islam/tokoh-tokoh Islam
+Contoh: isu-isu Palestin
8) Berlembutlah walaupun tak setuju
+Contoh: adik-beradik perempuan berpakaian agak "singkat"
"Kak, baju lain lagi cantik..Cuba baju ni, nampak cute sikit!"
9) Hadiahkan buku-buku agama yang bersesuian
10) Banyakkan berdoa setelah berusaha kerana
 HANYA ALLAH yang memegang HATI manusia

p/s: Insya-Allah semoga Allah memudahkan urusan kita dan pada masa yang sama kita perlu banyak berusaha untuk memperbaiki diri kita terlebih dahulu begitu juga saya..Tip-tip tersebut adalah hasil pengalaman/perkongsian dengan individu-individu lain..Paling utama adalah jangan berputus asa! :)






Monday, 4 March 2013

Al-ma'thurat : amalan harian yang dilupakan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Umat akhir zaman umat terakhir,
Sebahagian besar umat:
-meninggalkan agama,
-tak kenal Tuhan,
-tak kenal Rasul,
-jauh daripada Al-Quran & Sunnah,
-semakin mendekati Qiamat tanpa bekalan.

xxxxxxxxxxxxx

Tahu tak apakah Al-Ma'thurat itu?
Al-Ma'thurat adalah susunan zikir-zikir yang telah di amalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk membenteng diri kita daripada gangguan syaitan.

Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah memilih dan menyusun semula himpunan zikir-zikir Rasulullah s.a.w supaya dapat diamalkan oleh umat sehingga kini..
Subhana-Allah banyaknya pahala yang Beliau peroleh dengan menyumbang kebaikkan untuk ummah..
Kita pula bagaimana??

Al-Ma'thurat terbahagi kepada Kubra (panjang) dan Sughra (pendek)
Tidak penting kita memilih yang mana, yang paling penting kita beramal dengan istiqamah untuk membacanya pada waktu pagi dan petang setiap hari..
Insya-Allah
^_^


Amalan ini dapat mengisi sebahagian kecil masa 24 jam kita untuk berzikir dan berdoa kepada-Nya.

Alangkah baiknya jika setiap denyutan nadi kita sentiasa ada Allah hingga nafas terakhir..
^_^


Beberapa kelebihan membaca Al-Ma'thurat:

Dari Annas ra. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang mengucapkan diwaktu pagi ucapan"

"Maka ia dilindungi dari gangguan syaitan yang direjam hingga ke petang"
( Riwayat Ibn Al-Sunni)

*Tidak dihampiri syaitan
*Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
*Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
*Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
*Selamat dari segala sesuatu.
*Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
*Allah berhak untuk meredhainya
*Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
*Terhindar daripada syirik.
*Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
*Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
*Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
*Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
*Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut berzikir dan berdoa
~dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Tahu~
 (Kredit kepada http://wowberita.org )


p/s: Perkara utama adalah berniat melakukan segalanya kerana Allah..Insya-Allah..Allah akan melihat perbuatan yang dilakukan manusia HANYA kerana DIA..Semoga amalan ini menjadi bekalan untuk "perjalanan" yang seterusnya.. :)

"Kelebihan Al-Ma'thurat itu akan hanya dirasakan oleh orang yang beramal dengannya menurut perhitungan dan izin daripada Allah.."