Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
La Tahzan!
Kata-kata motivasi sangat diperlukan manusia sebagai satu harapan, semangat, kekuatan dan peneman di saat diri keliru, sedih, dan pelbagai emosi yang tidak dapat diungkapkan secara jelas.
Insya-Allah medium ini untuk berkongsi sebarang kata-kata yang positif secara langsung/tak langsung atau melalui pembacaan buku-buku..
Antara buku yang paling disukai La Tahzan karya DR. 'Aidh al-Qarni! :)
Insya-Allah dari masa ke masa.. :)
Semoga Allah memudahkan urusan kita!
^_^
Motivasi 1

"Jika kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu petang tiba. Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan hari esok yang belum tentu datang. Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda inilah hari anda!"
Motivasi 2
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
"Jika anda percaya pada diri sendiri, dengan semangat dan tekad yang kuat daripada anda, maka akan dapat menundukkan diri untuk berpegang pada prinsip: aku hanya akan hidup hari ini. Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi, dan mensucikan setiap amalan."
Motivasi 3
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka, aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tiada sesuatu pun. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan"
Motivasi 4
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
"Anda selalu memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga anda pun terlupa mensyukuri yang sudah ada. Jiwa anda mudah tergugat hanya kerana kerugian harta yang mendera. Padahal, sesungguhnya anda masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jambatan kepada kebahagiaan, kurnia, kenikmatan, dan sebagainya. Maka fikirkanlah semua itu dan syukurilah!"
Motivasi 5
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
"Orang yang berfikiran positif tidak akan pernah melihat dan sedikitpun menoleh ke belakang. Sebabnya, angin akan selalu menghembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan segala sesuatu yang bergerak maju ke depan. Oleh itu, janganlah pernah melawan sunnah kehidupan!"
Motivasi 6
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
"Jika Anda diliputi ketakutan, dihimpit kesedihan, dan dicekik kerisauan, maka bersegeralah bangkit untuk melakukan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang. Sesungguhnya, shalat itu (atas izin Allah) sangatlah cukup hanya sekadar menyirnakan kesedihan dan kerisauan."
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
"Harga diri anda ditentukan oleh kemampuan, amal soleh, kemanfaatan dan akhlak anda. Kerana itu, janganlah bersedih dengan wajah yang kurang cantik, harta yang tidak banyak, anak yang sedikit, dan rumah yang tak megah! Singkatnya, terimalah setiap pembahagian Allah dengan penuh kerelaan hati."
-insya-Allah akan di updatekan lagi-
^_^
No comments:
Post a Comment