Saturday, 29 September 2012

Motivasi Cinta untuk hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Motivasi Cinta??
< terfikir pelik-pelik ker.... ?? :) >

^_^




Menjalani kehidupan di dunia memerlukan semangat yang luar biasa!
Semangat yang sentiasa "bersemangat" untuk melaksanakan PERINTAHNYA 
Semangat untuk menghindarkan diri daripada melaksanakan LARANGANNYA
Semangat untuk COPY & PASTE akhlak Rasulullah s.a.w sebagai pedoman
Semangat untuk memenangkan ISLAM
Semangat untuk hidup dalam redha Ilahi
dan bla..bla..bla...
-paling penting sekali-
Semangat untuk berjaya di dunia & di akhirat

Banyak Motivasi  --->  Kuat Semangat

TANPA motivasi perkara mudah jadi susah
Tanpa motivasi perkara baik jadi buruk
Tanpa motivasi kejahatan dan nafsu itu indah!

Ketika hati di isi dengan 
MOTIVASI CINTA tentang TUHAN
Dengan izin-Nya hati akan berSEMANGAT!!

Setiap apa-apa yang kita lihat, dengar
akan mengingatkan dan mendekatkan diri 
kepada ALLAH
MAKA 
itulah MOTIVASI CINTA kita untuk hati...

"Pohon" cinta kepada Allah memerlukan "baja" yang memastikan pohon itu sentiasa 
hidup & subur di ladang "hati".

"Baja" tersebut boleh jadi secara umumnya;
perbanyakkan amalan kebaikkan..
Kebaikkan itu adalah cahaya kepada HATI
Motivasi cinta TUHAN itu adalah nadi kepada HATI
Hati yang termotivasi akan melahirkan semangat!
Semangat untuk menjadi baik!
Semangat untuk berjuang!

" Dan setiap orang yang memperoleh tingkatan sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan, dan agar Allah mencukupkan balasan perbuatan mereka, dan mereka tidak dirugikan."

( Al-Ahqaf : 19)
(46 : 19)

Lagu ini telah memberi Motivasi Cinta kepada hati, anda??



Yang Abadi daripada kumpulan Mestika

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi

C/O
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi



p/s : insya-Allah semoga saya dan anda sentiasa memotivasikan hati untuk cinta kepada Yang Abadi..amin.. :)


Saturday, 22 September 2012

KONSPIRASI musuh ISLAM!



Dunia semakin tua dan hanya Allah Yang Maha TAHU bila semuanya akan BERAKHIR..
PengAKHIRAN itu semakin HAMPIR
NAMUN
Adakah kita sudah BERSEDIA??

ISLAM selalu 
dihina
dicaci
disalah erti
MALAH
digelar "pengganas"
oleh dunia yang TIDAK TAHU 
apakah itu ISLAM..??

Kini fenomena "Innocemce of Muslims" yang menghina Rasulullah s.a.w..
Apakah yang kita sudah lakukan??
Adakah kita tidak berasa apa-apa??
Adakah kita hanya MEMBIARKAN sahaja??

Ya, Allah musuh Islam SENTIASA mencari ruang untuk MEMBURUKKAN
Nama ISLAM itu dan RASULULLAH SAW..
Pengaruh RASULULLAH yang menyebarkan ISLAM 
hanya MELALUI AKHLAKnya sahaja
SUDAH
cukup membuktikan BAHAWA 
Baginda 
MANUSIA yang HEBAT & DIHORMATI

Malah Michael Hart telah menyenaraikan Muhammad di RANKING 1 antara 100 individu yang 
PALING BERPENGARUH dalam SEJARAH DUNIA..


Nah...! Hanya MANUSIA yang TIDAK TAHU SEJARAH & TIDAK mengKAJI 
sahaja yang boleh bertindak untuk MENGHINA baginda!

Musuh ISLAM sentiasa MENCARI peluang untuk merosakkan UMAT
dan
MELEBURKAN jati diri setiap muslim 
usaha mereka TIDAK AKAN BERHENTI sampai QIAMAT!

KERANA

Mereka TAKUT, RISAU, DENGKI melihat perkembangan ISLAM yang semakin pesat dewasa ini..
SEMAKIN ramai masyarakat di DUNIA memilih
ISLAM sebagai cara HIDUP.

"Dan orang-orang YAHUDI dan NASRANI tidak akan rela kepadamu (MUHAMMAD) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).: Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah."
(Al-Baqarah : 120)
(2 : 120)

Kita tidak boleh bertindak keterlaluan sehingga kita mengesahkan sendiri
agama dan penganutnya "ganas"

Kita perlu kembali kepada ISLAM yang sebenar
Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah
sebagai 
PEDOMAN hidup!

ISLAM itu DIPANDANG HINA disebabkan Penganutnya
KERANA
HANYA SEGELINTIR kecil sahaja mempraktikkan ISLAM sepenuhnya dalam
KEHIDUPAN..

ISLAM akan tertegak dan MENANG suatu hari nanti..

JANJI Allah itu BENAR..

Marilah, kita bersama-sama memperbaiki diri & mengumpul "kekuatan IMAN" untuk 
MELAWAN musuh-musuh ISLAM..
ALLAH sentiasa BERSAMA kita!
Allahuakbar!

"Katakanlah (Muhammad), "Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman!Bertakwalah kepada TUHANmu." Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahananya tanpa batas."
(Az-Zumar : 10)
(39 : 10)

p/s: Wahai, Tuhanku! Pilihlah aku untuk menjadi penyambung perjuangan Rasulullah s.a.w sehingga akhirnya!
AMIN...

Tuesday, 11 September 2012

Hidayah itu milik Allah :)

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Permulaan sesuatu lukisan bermula dengan satu titik di atas kertas,
Permulaan sesuatu kehidupan bermula dengan KEHEBATAN Yang Maha Berkuasa,
Permulaan kehidupan manusia bermula SAAT DILAHIRKAN ke dunia..

Setiap manusia TIDAK tahu kesudahannya dan jalan kehidupan 
yang akan ditempuhinya kelak..

Bahagiakah?
Berimankah?
Celakakah?

"........."

Semua itu RAHSIA Allah yang MUSTAHIL untuk diketahui..

NAMUN

Pilihan itu terletak pada manusia itu sendiri :)

Kebahagiaan yang HAKIKI sukar diperoleh oleh manusia yang TIDAK TAHU cara untuk mengapainya..
Kehidupan yang diREDHAI memberi sejuta SENYUMAN walaupun diUJI sejuta KESUSAHAN,
Keindahan dunia yang FANA ini dilihat hanya JAMBATAN untuk ke SANA,
DAN
Hanya Allah TUJUAN manusia akan memberi MAKNA kepada KEHIDUPAN..

"Siapa yang dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit......."
(Al-An'am : 125)
(6 : 125)

^_^



Allah yang memilih dan memberi hidayah kepada manusia yang DIKEHENDAKINYA sahaja!

Jadi wajarkah untuk terfikir:

"Alah, tak payah susah-susahlah dah tertulis dah kita ni dapat hidayah ke tak.."
"Tak payahlah nak cepat sangat berubah, nanti dah sampai seru baru berubah.." 
"Alah, kita ni awal-awal dah macam ni, Tuhan dah tentukan kita jadi macam nie, terima je lah!"

Ish-ish...dahsyat betul orang yang KURANG faham tentang hidayah ni...

Memang betul setiap apa-apa yang berlaku itu KETETAPAN Allah
TETAPI
Allah memberi KITA pilihan untuk jadi BAIK atau JAHAT
DAN
Allah juga dah bagi klue-klue untuk jadi BAIK
dalam al-Quran, hadis Nabi, Sirah..

RUGI dan MALANGNYA kita jika..
Kita tidak berusaha langsung untuk menjadi ORANG yang DIKEHENDAKI oleh Allah itu..
Contoh:
Setiap pelajar yang cemerlang akan dapat penghargaan daripada setiap orang dan semestinya ramai yang ingin menjadi pelajar yang cemerlang kerana dapat banyak faedah seperti biasiswa, sijil, tajaan ke luar negara, dan lain-lain..

macam situasi diatas tetapi diubah sedikit..

Setiap manusia yang beriman akan mendapat penghargaan yang paling utama daripada Allah berupa SYURGA yang penuh nikmat tanpa pengakhiran dan kekal, dan juga pelbagai hadiah-hadiah kecil semasa di dunia seperti murah rezeki, dimudahkan urusan, disayangi orang lain, kehidupan yang tenang, keluarga yang bahagia [ terlalu banyak sampai tak tertaip! :) ]

Jangan mengharap KEBAIKAN akan datang kepadamu TANPA usaha,
Jangan mengharap HIDAYAH akan pergi kepadamu TANPA doa,
Jangan mengharap BAHAGIA akan menemanimu TANPA Dia,
Jangan mengharap SYURGA pengakhiranmu TANPA redha-Nya..

P/s: Insya-Allah marilah kita sama-sama berusaha mencari dan mengejar hidayahnya supaya hidayah itu akan menjadi milik kita. Jika kita sudah mendapatkannya, kuncilah dan simpanlah hidayah itu dengan baik dalam hatimu supaya hidayah tak pergi daripada mu.. Saya pun begitu! Amin... :)





Sunday, 9 September 2012

Kasih Tuhan seluas langit dan bumi :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Manusia akan sering berasa sunyi, sedih dan pilu
JIKA 
berhadapan dengan konflik yang sentiasa mewarnai kanvas kehidupan,

Setiap manusia memerlukan momen sendirian
UNTUK
 melihat, mentafsir dan memuhasabah diri
terhadap
setiap perkara yang berlaku dalam hidup.





TANPA
melihat, mentafsir dan memuhasabah diri
menjadikan
manusia itu "BUTA"

BUTA mencari HIKMAH konflik atau ujian yang menimpa diri
mengikut
ajaran agama yang begitu SEMPURNA :)

Allah menguji setiap hamba-Nya untuk melihat kebergantungan kita pada-Nya..
DAN yang PALING PENTING
memberikan kita PAHALA yang banyak!

KEBUTAAN itu "memakan" ranting-ranting "iman" dalam diri,
menJAUHKAN rasa untuk BERSYUKUR


JANGAN KITA LUPA

Kasih Tuhan pada kita seluas langit & bumi
KERANA
Hanya DIA yang memahami & mendengar doa, tangisan, rintihan kita saat 
manusia tak mampu menenangkan ,
Hanya DIA yang kita cari saat memerlukan kekuatan untuk mengharungi 
kehidupan yang panjang,
Hanya DIA yang sentiasa bersama kita saat manusia tak mampu
untuk bersama kita setiap masa,
Hanya DIA yang memberi saat kita meminta tanpa imbalan,
DAN
Hanya DIA yang menyayangi kita melebihi makhluk langit dan bumi.. :)

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd : 28)
(13 : 28)

Marilah, bersama-sama merasai KASIH SAYANG TUHAN yang tiada penghujung dan sentiasa mendamaikan setiap HATI manusia..


Thursday, 6 September 2012

Dakwah-->bilangan ramai-->berjaya?? :)

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Antara tugas utama manusia diciptakan oleh Allah adalah untuk:
~ menyeru ke arah kebaikkan dan mencegah kejahatan atau kemungkaran.
Atau bahasa "klasiknya"....
berDAKWAH! :)

-Kenangan-
Awal-awal "dilanggar" dengan bas "tarbiyyah"
TAKUT, PELIK, RISAU,GERUN
dengan perkataan
DAKWAH..

-Kini & selamanya-
Seronok, bersemangat, gemuruh, rasa bersalah, takut, pilu, dan seribu 1 lagi emosi..

^_^

bila dengar perkataan DAKWAH..

Kerana 
DAKWAH itu AMANAH & TANGGUNGJAWAB
yang akan disoal Allah kepada setiap hamba-Nya
dan
pada saat itu anggota badan kita berbicara & menjadi SAKSI..

AMANAH yang berkait antara setiap manusia
SETIAP manusia ada HAK untuk berDAKWAH
SETIAP manusia juga ada HAK untuk diDAKWAHI

-berat betulkan...-

TIADA alasan
TIADA penolong
TIADA APA PUN melainkan dosa atau pahala menemani..



=nota CINTA drp ALLAH=

"Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah....."
(Ali 'Imran : 113)
(3:113)

"Perhitungan amal manusia telah semakin dekat kepada mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)."
(Al-Anbiya':1)
(21:1)

Kejayaan & keberhasilan DAKWAH
bukan pada bilangan orang yang menerima dakwah
TETAPI
asas dalam dakwah itu adalah perbaikan diri (iman) :)

Perbaikilah diri mu terlebih dahulu sebelum kamu memperbaiki orang lain,
Jangan lah kamu berasa berat untuk menyampaikan amanah ini kerana kamu berasa belum cukup sempurna,
 kerana KESEMPURNAAN itu bukan milik kamu tetapi milik Allah, 
Usaha perbaikan diri itu lebih SEMPURNA jika,
Kamu menyampaikan dan memperbaiki dirimu,
Sesungguhnya usaha itu akan berterusan,
Sehingga ajal menjemputmu..

-Hidup mulia atau mati syahid-