Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Permulaan sesuatu lukisan bermula dengan satu titik di atas kertas,
Permulaan sesuatu kehidupan bermula dengan KEHEBATAN Yang Maha Berkuasa,
Permulaan kehidupan manusia bermula SAAT DILAHIRKAN ke dunia..
Setiap manusia TIDAK tahu kesudahannya dan jalan kehidupan
yang akan ditempuhinya kelak..
Bahagiakah?
Berimankah?
Celakakah?
"........."
Semua itu RAHSIA Allah yang MUSTAHIL untuk diketahui..
NAMUN
Pilihan itu terletak pada manusia itu sendiri :)
Kebahagiaan yang HAKIKI sukar diperoleh oleh manusia yang TIDAK TAHU cara untuk mengapainya..
Kehidupan yang diREDHAI memberi sejuta SENYUMAN walaupun diUJI sejuta KESUSAHAN,
Keindahan dunia yang FANA ini dilihat hanya JAMBATAN untuk ke SANA,
DAN
Hanya Allah TUJUAN manusia akan memberi MAKNA kepada KEHIDUPAN..
"Siapa yang dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit......."
(Al-An'am : 125)
(6 : 125)
^_^
Allah yang memilih dan memberi hidayah kepada manusia yang DIKEHENDAKINYA sahaja!
Jadi wajarkah untuk terfikir:
"Alah, tak payah susah-susahlah dah tertulis dah kita ni dapat hidayah ke tak.."
"Tak payahlah nak cepat sangat berubah, nanti dah sampai seru baru berubah.."
"Alah, kita ni awal-awal dah macam ni, Tuhan dah tentukan kita jadi macam nie, terima je lah!"
Ish-ish...dahsyat betul orang yang KURANG faham tentang hidayah ni...
Memang betul setiap apa-apa yang berlaku itu KETETAPAN Allah
TETAPI
Allah memberi KITA pilihan untuk jadi BAIK atau JAHAT
DAN
Allah juga dah bagi klue-klue untuk jadi BAIK
dalam al-Quran, hadis Nabi, Sirah..
RUGI dan MALANGNYA kita jika..
Kita tidak berusaha langsung untuk menjadi ORANG yang DIKEHENDAKI oleh Allah itu..
Contoh:
Setiap pelajar yang cemerlang akan dapat penghargaan daripada setiap orang dan semestinya ramai yang ingin menjadi pelajar yang cemerlang kerana dapat banyak faedah seperti biasiswa, sijil, tajaan ke luar negara, dan lain-lain..
macam situasi diatas tetapi diubah sedikit..
Setiap manusia yang beriman akan mendapat penghargaan yang paling utama daripada Allah berupa SYURGA yang penuh nikmat tanpa pengakhiran dan kekal, dan juga pelbagai hadiah-hadiah kecil semasa di dunia seperti murah rezeki, dimudahkan urusan, disayangi orang lain, kehidupan yang tenang, keluarga yang bahagia [ terlalu banyak sampai tak tertaip! :) ]
Jangan mengharap KEBAIKAN akan datang kepadamu TANPA usaha,
Jangan mengharap HIDAYAH akan pergi kepadamu TANPA doa,
Jangan mengharap BAHAGIA akan menemanimu TANPA Dia,
Jangan mengharap SYURGA pengakhiranmu TANPA redha-Nya..
P/s: Insya-Allah marilah kita sama-sama berusaha mencari dan mengejar hidayahnya supaya hidayah itu akan menjadi milik kita. Jika kita sudah mendapatkannya, kuncilah dan simpanlah hidayah itu dengan baik dalam hatimu supaya hidayah tak pergi daripada mu.. Saya pun begitu! Amin... :)
No comments:
Post a Comment