Merasai kehadiran-Nya :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Manusia dilahirkan ke dunia dengan izin-Nya,

TANPA

Mengetahui takdir dan ketentuan yang menanti,

TANPA

Mengetahui jenis ujian atau dugaan yang menimpa ,

TANPA

Mengetahui kesudahan dirinya Syurga atau sebaliknya.

Manusia perlu merasai 
KEHADIRAN ALLAH
dalam
setiap detik hidupnya 
& 
merasai 
KASIH SAYANG ALLAH
dalam
kehidupannya.




Allah yang menciptakan manusia,
Dia MAHA MENGETAHUI serba serbi tentang KITA

Dia yang menganugerahkan kita
NIKMAT-NIKMAT
tanpa sebarang BIL yang perlu dijelaskan

Dia anugerahkan kita:
-bumi yang indah
-pancaindera yang sempurna
-tubuh yang lengkap
-keluarga yang hebat
-rezeki yang melimpah-ruah
-rakan-rakan yang baik
<tak mampu saya senaraikan semua nikmat-Nya selamanya>
Subhana-Allah!

Tetapi segalanya sia-sia
JIKA
Hidup ditempuhi 
TANPA MERASAI KEHADIRAN
ALLAH

Bibir akan sentiasa dibasahi dengan
"Subhana-Allah"
"Alhamdulillah"
"Allahuakbar"
"Astarafirullah"
TANDA KEHAMBAAN kepada-NYA

Rasailah Allah dalam kehidupanmu nescaya kamu akan sentiasa tenang dan merasai kebahagiaan
KERANA
Penciptamu bersamamu
walaupun 
kamu SENDIRIAN!

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd : 28)
(13 : 28)


Sentiasa berdoa supaya HIDAYAH-NYA akan sentiasa bersamamu
&
Keredhaan-Nya memberkati kehidupanmu selamanya
Amin..

P/s : Insya-Allah dengan merasai kehadiran Allah akan menambahkan lagi rasa kehambaan. Saya masih berusaha untuk sentiasa merasai kehadiran Allah dalam setiap detik hidup ini..
Insya-Allah semoga dimudahkan! :)


Comments

Popular Posts