Friday, 2 November 2018

Check-list fokus kehidupan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah memberi peluang kepada diri untuk hidup pada detik ini.

Lama rasanya tidak mengupdate blog. Fokus kehidupan dalam check-list antaranya;

-manjadi individu yang bermanfaat untuk orang lain/ummah-

Insya-Allah dgn wujudnya blog ini pada satu masa dahulu memang itu matlamat utamanya. 

10 muwasafat tarbiyah yang kita mengimani untuk menjadi seorang muslim yang hebat seperti yang di gariskan oleh As-syahid Hassan al-Banna antaranya bermanfaat untuk orang lain.

Berusahalah menjadi hamba yang sentiasa melazimi pembaikan dan pengislahan diri,
Berusahalah menggalas setiap tanggungjawab yang diberi dengan cemerlang,
Berusahalah menjadi insan yang sentiasa mengembirakan orang lain,
Berusahalah dengan sebaiknya sehingga kembali bertemu Sang Pencipta.

Waktu itu, hanya amalan menjadi peneman.


Friday, 12 December 2014

Momentum diri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Perkataan momentum sangat biasa terutama dalam subjek Fizik.
Dalam diri pun ada momentum ke?
Apa kaitannya?



Sebenarnya jika kita lihat kembali momentum ini adalah kuantiti fizikal yang menggabungkan jisim dan halaju.

Manakala perubahan momentum sesuatu objek pada masa tertentu adalah bersamaan dengan impuls sesuatu daya yang bertindak di atas objek tersebut.

Jadi kita akan mudahkan sikit:

-Momentum -
jisim + halaju

****
-Momentum diri-
kuantiti + kualiti

Jika kita lihat kembali
kita menentukan kadar momentun diri kita yang berkait rapat dengan
AMALAN

Setiap amalan yang kita lakukan
kuantitinya bergantung kepada kekuatan mujahadah kita
Kualitinya bergantung pada kadar iman kita

Betul, hanya Allah yang lebih mengetahui tahap kualiti amalan itu
tetapi 
kita wajar berusaha untuk memberi "produk amalan" yang terbaik mengikut arahanNya

Kadang-kadang
kita rasa lemah, statik dan sesat
dalam mencari kembali
"momentum diri"
yang 
stabil.

Kita lupa untuk mencari kembali momentum tersebut dalam kesibukan dunia
Kita lupa rasa "sesuatu yang tak kena" itu adalah kehilangan momentum itu
Kita lupa.

Kembali semula kepada amalan yang kita tinggalkan secara tidak sedar 
Kembali semula merapati Sang Pencipta
Insya-Allah
kamu akan menemui "momentum diri" mu semula
^_^

"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak."
(Surah Asy-Syuraa : 20)
(26 : 20)


P/s: Peringatan buat diri yang paling utama..Masih berusaha untuk memastikan momentum itu sentiasa ada walaupun momentumnya sangat perlahan dan kadang-kadang hampir terhenti...
Moga terus qawiy & tsabat!
Yes, U Can!









Sunday, 26 October 2014

Nilai kehidupan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang,

Alhamdulillah bersyukur kpd Allah atas segala nikmatNya..


Setiap manusia mempunyai pandangan masing-masing terhadap
Nilai Kehidupan

Bagi saya secara rendah diri melihat kehidupan ini seperti satu karya lukisan.



Setiap orang yang melihat sekeping lukisan mempunyai pandangan yang berbeza.
Mungkin
Ada yang mengagumi
Ada yang mengkritik

Bagi Sang Pelukis mempunyai sebab tersendiri melahirkan lukisan tersebut yang mungkin dihasilkan kerana
Peristiwa bermakna
Suatu tragedi
atau
menzahirkan perasaannya.

Nilai kehidupan ibarat lukisan



Kehidupan kita bergantung pada kita, kerana kitalah Sang Pelukis yang mencorakkan kehidupan kita.

Orang sekeliling ibarat pengkritik atau peminat lukisan kita, yang tidak dapat memahami sepenuhnya hasil lukisan tersebut tetapi setiap kritikan atau komen baik positif atau negatif dapat mengubah diri kita menjadi orang yang lebih baik.

Tidak lupa juga kepada frame lukisan yang membatasi hasil karya kita.

Itulah analogi betapa kecilnya kuasa Sang Pelukis dibatasi oleh frame, sungguh Kuasa Allah melebihi daripada segalanya dalam kehidupan kita.

Melihat kehidupan itu perlu lebih luas visualnya kerana bukan kita yang mengawal idea corakkan "lukisan itu" tetapi Allah.

Hadapilah kehidupan ini dengan melihat nilai kehidupan itu bergantung dengan cara kita meletakkan acuan agama Allah dalam kehidupan,
Infiniti "hasilnya" kesan kehidupan itu,
Jika meletakkan Allah sebagai "frame" dalam "mencorakkan" kehidupan kita,
Sungguh tiada apa yang rugi dengan bergantung & berharap kepada Allah.


Jika dilihat kembali
Semakin lama kita hidup semakin dekat kematian itu..

Muhasabah diri sebentar selepas melihat "lukisan" orang lain..
Sungguh Allah menguji seseorang sesuai dengan kesanggupannya..

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami"
( Al-Mu'minun : 115 )
(23 : 115)

P/S : Insya-Allah moga terus kuat dan semangat dalam menghadapi kehidupan serta diperkuatkan amalan yang niatnya kerana Allah. :)
Yang paling utama berusaha memperbaiki diri..