Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Tema cinta banyak disogokkan dalam semua media elektronik mahupun media cetak
cinta
cinta
cinta
terhadap manusia lebih diagungkan daripada cinta terhadap sang pencipta
ramai yang menangis dan terkesan
sampai terbawa-bawa dalam mimpi
dan mengimpikan kisah itu menjadi realiti
kisah "romeo dan juliet"
kisah-kisah cinta
yang tidak mengikut syara' dan tidak berakhir dengan ikatan penikahan
Begitulah dahsyatnya penangan kisah cinta!!!
Ada yang sanggup menunggu walaupun di dalam hujan lebat..
Ada yang sanggup berhabis duit dan harta
Ada yang sanggup berlapar asal boleh makan berdua
Ada yang sanggup berubah demi si dia
Ada yang sanggup menahan mata menjawab sms sampai ke pagi
Manusia sentiasa nampak cinta manusialah menjadi penyeri kehidupan
Kita selalu lupa mengingatkan diri
Cinta kepada Allah itu lebih terharu, terkesan dan hangat
Cinta kepada Allah tidak merunsingkan
Cinta kepada Allak tak pernah kecewa
Cinta kepada Allah memperoleh ketenangan
Cinta kepada Allah sentiasa kekal
Cinta kepada Allah sentiasa mendamaikan
Cinta kepada Allah sumber kekuatan.
Rasulullah saw begitu kuat walaupun menerima tentangan kaum Quraisy kerana cinta Allah..
Bilal bin Rabah diseksa di tengah panas terik tetap bertahan kerana cinta Allah
Abu Bakar menginfakkan semua hartanya tanpa gentar kerana cinta Allah!
Sejarah mengajar kita..
Kisah para anbiya
Kisah para sahabat
Kisah para tabi'in
menjadi saksi
Hanya cinta Allah
yang dapat mengubah
segala yang biasa menjadi yang luar biasa.
segala yang sukar menjadi mudah
segala derita menjadi bahagia.
Salurkan cinta kepada Allah terlebih dahulu sebelum berpaling kepada cinta manusia.
Berdoalah kepadanya semoga cinta manusia itu diperoleh dengan saluran yang sama iaitu kembali kepada-Nya jua.
P/S : semoga Allah sentiasa memelihara hati kita semua daripada perkara yang sia-sia.. ^_^
Sejarah mengajar kita..
Kisah para anbiya
Kisah para sahabat
Kisah para tabi'in
menjadi saksi
Hanya cinta Allah
yang dapat mengubah
segala yang biasa menjadi yang luar biasa.
segala yang sukar menjadi mudah
segala derita menjadi bahagia.
Salurkan cinta kepada Allah terlebih dahulu sebelum berpaling kepada cinta manusia.
Berdoalah kepadanya semoga cinta manusia itu diperoleh dengan saluran yang sama iaitu kembali kepada-Nya jua.
P/S : semoga Allah sentiasa memelihara hati kita semua daripada perkara yang sia-sia.. ^_^