Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Usrah berasal daripada kalimah arab bermaksud keluarga.
Manakala dari segi istilah : usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin
yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu
sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah.
Firman Allah:
“ Dan hendaklah kamu
bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu
bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah
kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi
sesiapa yang melanggar perintahnya).
( Al-Maidah : 2 )
( 5 : 2 )
Kini, masyarakat sudah mula kenal dan biasa dengan perkataan usrah.
Usrah bukan HANYA untuk golongan yang SKEMA/ALIM/BAIK SGT
Tetapi
Usrah adalah untuk SEMUA yang ingin memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih baik melalui perkongsian ilmu yang dilaksanakan di dalam usrah.
Usrah juga tak mengenal umur kerana proses mencari dan mendalami ilmu agama adalah proses yang lama, panjang sehingga maut menjemput.
Usrah adalah satu tempat untuk:
memperoleh ilmu
menyampaikan ilmu
berkongsi ilmu/pendapat
pengislahan diri (perubahan diri ke arah yang lebih baik)
saling membantu membentuk diri/akhlak/sahsiah
PALING PENTING
tempat untuk mengumpul dana sebagai bekalan di akhirat sana! :)
Setiap orang perlu kepada USRAH kerana manusia mudah lupa, mudah lalai, mudah lemah menempuh kehidupan yang penuh GODAAN IBLIS/SYAITAN.
USRAH adalah KEKUATAN untuk kita menempuh segalanya!
^_^
Best tak JOIN USRAH??
Bagi saya:
USRAH itu BEST SGT!
Saya jumpa org yang menyayangi kita BUKAN kerana apa-apa tetapi IKATAN HATI..
Jadi, anda perlu merasainya sendiri..
Tunggu apa lagi,jom JOIN USRAH!
P/s : Bagi yang berminat, boleh bertanya.. ^_^...I love USRAH!