Wednesday, 30 January 2013

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Teringat sebaris kata-kata daripada buku La Tahzan (Jangan bersedih!) karya DR. 'Aidh al-Qarni;

"Jangan bersedih selama anda masih memiliki sepotong roti, segelas air dan kain yang menutupi tubuh.."

Kisah seorang pelaut yang terperangkap di perut lautan yang luas selama 21 hari. Setelah selamat beliau selalu ditanya tentang pelajaran terbesar daripada peristiwa tersebut.
 Katanya, "pelajaran terbesar yang aku dapat ambil daripada pengalaman aku ini adalah: Jika anda masih memiliki air yang bersih dan makanan yang cukup, tak perlu bersedih."

xxxxxxxxxxxxx

Subhana-Allah!
Besarnya hikmah dalam kehidupan jika kita mempraktikkan sikap sentiasa bersyukur dalam kehidupan kita.
Kita akan sukar untuk berasa sedih kerana perkara-perkara remeh yang mampu membazirkan waktu..
Kerana
kita perlu yakin bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya
dan
Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya!

Jadi mulai hari ini..
Jika anda berada dalam mood sedih..
Cepat-cepat bangkit untuk mensyukuri nikmat yang anda terima daripada-Nya..
Senyuman akan mula terukir dan awan mendung akan pergi sejauh-jauhnya! :)

Firman Allah;

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
( Ibrahim : 7 )
( 14 : 7 )

Bukankah kegembiraan itu satu nikmat daripada Allah?
^_^

p/s : Kepada mereka yang masih tak berkesempatan untuk membaca buku La Tahzan..Rugiiiiiiiiii sangat! Saya syorkan buku yang asli daripada penulis yang telah diterjemah bukan diolah semula kerana tulisan DR. 'Aidh al-Qarni sangat menyentuh hati! Selamat beramal kepada anda dan juga saya.. :)


~buku ini la yang saya baca, sama!~ :)

Tuesday, 15 January 2013

Tazkirah buat Diri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Mata perlu melihat keindahan ciptaan Allah yang Maha Hebat & Maha Sempurna..
Hati perlu bersyukur kerana merasai pelbagai nikmat yang tidak mampu untuk disenaraikan..
Subhana-Allah
dan 
Hamba perlu taat & patuh pada segala arahan daripada "Tuannya"

Allah meminjamkan kita sebuah keluarga 
sebagai
medium untuk berkongsi kasih sayang sesama makhluk-Nya..

Namun bagaimanakah caranya kita menghargai, mensyukuri dan menyayangi salah satu daripada nikmat Allah ini??

Fitrah manusia
suka kepada kasih sayang 
dan
sukar untuk menghargai semasa masih ada
serta
menyesali jika sudah tiada

-Ibu dan Ayah-
figur HEBAT dalam setiap kehidupan manusia

Titik dan mulannya kehadiran kita ke dunia..
Ibu sanggup mengorbankan masa tidurnya untuk menjaga kita ketika sakit..
Adakah kita tidur tak lena dan sentiasa berjaga kala ibu bapa kita sakit?
Ayah berusaha merealisasikan semua permintaan kita walaupun masih banyak kehendaknya yang masih tidak dipenuhi..
Semua sudah diberikan duit, lattop, buku, kasut.......
Adakah kita sudah berusaha untuk merealisasikan satu permintaan ayah kita?
Mereka sentiasa menitipkan doa untuk kita dalam setiap solatnya...
Adakah kita menitipkan doa buat mereka dalam setiap solat kita?
Mereka sentiasa ada menunggu kita saat kita baru turun daripada bas untuk bercuti...
Adakah kita membiarkan ibu bapa yang menunggu kita di stesen bas kelak?

Ya, Allah..

Contoh pertanyaan berikut mampu memuhasabahkan diri dan menjadikan diri kita anak yang lebih baik..
Tanpa muhasabah
Hati akan sakit
Iman akan lemah
Jiwa akan kosong

"Setiap manusia tidak sempurna tetapi mereka boleh berusaha untuk menjadi sempurna"

P/s: Saya memohon kepada Allah supaya saya sedar setiap kesilapan kecil saya bersama "mereka" dengan cepatnya moga saya boleh memperbaiki diri saya lagi...amin.. :) Mak & abah luv you Coz Allah! ^_^




Friday, 11 January 2013

awan terpilu diteman mentari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

-Alhamdulillah-
Masih ada kesempatan untuk berbuat kebaikan sebagai bekalan yang tak seberapa ini..
^_^

Firman Allah ;
"Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaaan buta."
( Taha : 124 )
( 20 : 24 )



Ya, Allah begitu dahsyat azab-Mu kepada hamba-Mu yang ingkar
Tetapi
betapa nikmatnya rahmat serta kasih sayang-Mu
kepada
hamba-hamba-Mu yang beriman..

Sukar menjaga hati daripada bisikan iblis,
Sukar menangkis godaan dunia yang indah,
Sukar memberi tetapi suka menerima,
Sukar mensyukuri walhal sentiasa cukup,
Sukar menjadi soleh/solehah tetapi mahukan syurga..

Tabiat manusia yang NORMAL tetapi sangat merugikan..

Teringat...
" Hati akan sentiasa berubah...Hati kita sekarang tak sama dengan hati kita 2 minit lagi dan seterusnya..."

KERANA
manusia tidak boleh menJAMIN dirinya tidak akan melakukan sebarang dosa/maksiat/kesalahan walaupun hanya seDETIK masa..

Sungguh lemah manusia itu...

Sekirannya kamu berasa sedih, kosong, jauh, dan serba tak kena...
bersyukurlah
kerana
hati kamu masih hidup
dan
memberikan tanda atau WARNING bahawa jarak anda dengan Sang Pencipta mula merenggang....
makin lemah..makin jauh...

Jadi berusahalah menggapai cinta & kasih sayang Allah walaupun kadang-kadang terasa tenggelam dan timbul...
Yakinlah jika kamu taat, ingat kepada Allah
Insya-Allah, pasti
kamu
BAHAGIA!
^_^

p/s: gejala futur adalah kebiasaan manusia tetapi gejala futur tapi tetap "tak sedar diri" bakal memberi kesan yang teruk dan dahsyat kepada diri...insya-Allah moga saya dapat sentiasa memperbaiki diri dan amalan.. :)