Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Sabar merupakan akhlak yang tertinggi KERANA
sifat sabar ini tidak akan lebur dalam diri manusia yang
TAK kenal TUHANnya
TAK kenal RASULnya
TAK kenal AGAMAnya
Sifat sabar akan melebur dan sebati dengan jiwa yang sentiasa JINAK dengan
Perintah Tuhan
Ayat-ayat Al-Quran
sifat-sifat mahmudah
Sirah Para Nabi & Sahabat
yang berupaya memberi contoh yang terbaik buat diri! :)
Sabar adalah dhiya' ..
Dhiya' adalah cahaya yang mengeluarkan bahang kepanasan dan boleh membakar seperti
cahaya MATAHARI
Sabar adalah dhiya'..
Kerana sifat sabar itu memberi cahaya kepanasan dan membakar serta sesuatu perkara yang membebankan diri
KeSABARAN memerlukan kita untuk bermujahadah terhadap jiwa!
"Dan bersabarlah (Muhammad), dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah, dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka, dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan."
( An Nahl : 127)
(16 : 127)
Sabar itu tiada HAD
Sabar itu kesakitan dan sengsara
Namun
Sabar itu juga cahaya dan jalan menuju ke SYURGA
yang kekal & abadi
p/s : semoga saya dan kamu mampu berakhlak dengan sifar sabar kerana hanya kesabaran akan memberi ketenangan dan kedamaian kepada jiwa dan hati kita...Insya-Allah.. :)